Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Putri July 20, 2018 @ 10:46am

Xiaomi Mi Max 3 Dilancarkan Dengan Skrin Paparan Dan Kapasiti Bateri Yang Besar

Xiaomi memperkenalkan satu lagi peranti kelas pertengahan, Xiaomi Mi Max 3. Peranti ini hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar bersama saiz skrin paparan dan kapasiti bateri antara yang terbesar pada tahun ini.

Ia hadir dengan skrin jenis IPS LCD yang bersaiz 6.9 inci beresolusi Full HD+. Paparan skrin ini juga mempunyai nisbah aspek 18:9. Perkara ini akan memberi kepuasan kepada mereka yang gemar menonton video atau melakukan tugasan menggunakan telefon pintar.

Selain hadir dengan skrin yang besar, ia turut dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar. Hadir dengan bateri berkapasiti 5,500 mAh, ia telah mengatasi kapasiti bateri yang ditawarkan oleh Asus Zenfone Max Pro M1. Xiaomi juga mendakwa peranti ini boleh dicas semula sehingga ke tahap 71% dalam masa satu jam.

Dari segi dalamannya pula, boleh dikatakan peranti ini miliki keupayaan mirip dengan model Redmi Note 5. Ia menggunakan cip Snapdragon 636 dan kamera utama dwi-lensa 12MP + 5MP, sama yang digunakan oleh Redmi Note 5. Kamera hadapannya pula menggunakan lensa 8MP.

Mi Max 3 ini akan dijalankan dengan sistem Android Oreo 8.1 dan menggunakan antaramuka MIUI 9.5 dari dalam kotak. Namun peranti ini dijangka akan menikmati kemaskini MIUI 10 mahupun MIUI 11 pada masa akan datang.

Peranti ini hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black, Blue dan Champagne Gold serta dua pilihan variasi memori dan simpanan dalaman iaitu 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 128GB ROM. Harga pasaran bagi peranti ini di pasaran China ialah CNY1,699 (~RM 1,015) untuk variasi 4GB dan CNY1,999 (RM 1,195) bagi model 6GB.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Berpakaian Menjolok Mata, Dolla Minta Maaf – “Kami Tersilap Pandang”

Kesian Dolla, apapun mereka dah tampil mohon maaf. Berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini 😊 Btw congrats Dolla & Naim Daniel untuk lagu duet baru! Min luvvvv ❤️❤️

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Tue, 2 Apr 2019
Hiburan Sun, 21 Dec 2025

Dari Karate Ke Layar Perak, Saha Champ Raih Peluang Emas Selepas Filem Tiket Sehala

Bekas atlet karate negara ini tidak menyangka pembabitannya dalam filem Tiket Sehala membuka laluan rezeki lebih luas.

Hiburan Fri, 7 Mar 2025
Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Sun, 28 Apr 2019

One Two Jaga Terus Unggul, Tahniah Nam Ron!

Filem Crossroad: One Two Jaga meneruskan kegemilangan pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) pada 30 Mac lalu, apabila membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) […]

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bakal Sajikan Lebih 20 Lagu, Amy Search Sedia ‘Menggila’ Atas Pentas Axiata Pada Konsert Solo Pertama!

Bertemakan Rock It Like Amy, konsert ini bakal berlangsung selama dua jam

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

error: Content is protected !!