Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 7, 2025 @ 9:10am

Selepas Lebih 3 Hari, Treler Filem Blood Brothers Cecah Hampir 200,000 Tontonan… Ramai Tak Sabar Nak Saksikan Di Pawagam

Bersedia untuk aksi tanpa henti! Blood Brothers, filem aksi paling epik tahun ini, bakal meletup di pawagam bermula 10 April 2025! Treler rasmi yang baru sahaja dilancarkan kini menggegarkan media sosial dengan adegan penuh intensiti, pertempuran mendebarkan, dan drama persaudaraan yang bakal menguji kepercayaan hingga ke titisan darah terakhir.

Selepas lebih tiga hari ia dilancarkan, treler filem hebat ini meraih hampir 200,000 tontonan serta mendapat pelbagai respons positif yang tidak sabar mahu menyaksikan naskhah terbabit di pawagam.

Arahan oleh Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, serta hasil nukilan Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, dan Ashraf Modee Zain, Blood Brothers menampilkan barisan pelakon hebat dan fenomenal Malaysia seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy Teh, dan Amelia Henderson.

Blood Brothers mengisahkan tentang Ariff (Syafiq Kyle), seorang pengawal peribadi yang setia – dituduh mengkhianati saudara Naga yang telah membelanya. Dalam usaha membuktikan dirinya tidak bersalah, Ariff terpaksa mencari bantuan abang kandungnya yang telah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly). Namun, perjalanan Ariff tidak mudah apabila dia menjadi buruan sahabat baiknya sendiri, Ghaz (Sharnaaz Ahmad), yang mengetuai pasukan pengawal peribadi elit yang suatu ketika dahulu dianggapnya sebagai Blood Brothers.

Dengan durasi 2 minit 16 saat, treler rasmi Blood Brothers memberikan ledakan aksi yang mendebarkan, koreografi pertarungan yang agresif, serta elemen drama yang menyentuh emosi. Media sosial kini hangat dengan reaksi peminat yang teruja dengan aksi padu, sinematografi yang mengagumkan, dan jalan cerita yang sarat dengan mesej. Setiap babak dipersembahkan dengan penuh tenaga, menjanjikan pengalaman yang memacu adrenalin hingga ke penghujung. Tetapi ini bukan sekadar filem aksi biasa, Blood Brothers mengangkat tema kepercayaan, pengorbanan, dan harga sebuah persaudaraan dalam dunia yang penuh tipu daya. Bila darah sendiri menjadi musuh, siapakah yang akan bertahan hingga ke akhirnya?

Dengan barisan pelakon mantap, aksi bertaraf antarabangsa, dan jalan cerita yang penuh debaran, Blood Brothers dijangka menjadi filem aksi paling meletup tahun ini! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan treler rasmi Blood Brothers yang kini boleh ditonton di semua platform media sosial Primeworks Studios & Skop Productions.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios. Blood Brothers bermula 10 April 2025!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Events Thu, 14 Nov 2019

Aiman Tino Serik Nak Buat Baik?

Sabar okay, Aiman!

Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Bahanordin Deraman…

Featured Sun, 9 Jan 2022

Beg Tangan Mewah Diperbuat Daripada Kulit Oren

Siapa sangka kulit buah oren yang kita selalu buang boleh dijadikan sebuah beg tangan yang cantik? Seorang pereka seni makanan dan ahli gastronomi molekul dari Jordan, Omar Sartawi telah mencipta sebuah beg tangan yang mesra […]

Trending Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

Pernah ‘Depressed’ Tak Dapat Sambutan, Riz Zaizizi Bikin ‘Comeback’ Dengan Lagu Raya ‘Bulan Dah Nampak’

Riz Zaizi kini kembali mewarnai dunia seni dengan single raya terbaharunya berjudul, ‘Bulan Dah Nampak’.

Hiburan Tue, 23 Sep 2025

Erra Fazira Nafi Dakwaan Sudah Tetap Tarikh Nikah Dengan Ezwan Zain

Erra Fazira lebih selesa memilih majlis yang sederhana

error: Content is protected !!