Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 21, 2021 @ 7:45pm

Akibat Tersilap Laung Azan Maghrib Awal, Habis Puasa Kariah Terbatal

Mungkin perkara ini agak pelik apabila melibatkan ramai pihak, namun itulah yang berlaku pada kariah Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, apabila mereka perlu menggantikan puasa yang terbatal berikutan masjid itu tersilap melaungkan azan maghrib tiga minit lebih awal dari waktu sebenar.

Menurut Nazir Masjid Al-Khairiyah, Wan Nawawi Wan Dagang, kesilapan itu berlaku akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid berkenaan.

 

“Assalamualaikum, saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada 19 April lalu disebabkan masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid”

 

“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan adalah terbatal pada hari itu serta perlu diganti/diqada,”

 

“Sekali lagi kami mohon maaf dan insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Berdasarkan pandangan jumhur ulama dalam kalangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie serta ramai ulama Hanbali yang menyatakan puasa itu batal dan wajib diqada.

Manakala, menurut penulisan dalam siri Bayan Linnas terbabit oleh Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri,  isu tersalah azan maghrib sebelum masuk waktu adalah lebih cenderung kepada terbatalnya puasa.

Maka, wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah menqada puasa itu berdasarkan beberapa hujah.

Zulkifli turut menjelaskan, azan di radio atau televisyen dilihat sebagai usaha sangat baik tetapi perlu lebih teliti serta cermat bagi mengelakkan kejadian seumpama itu.

 

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Maria Farida Bukan Punca Pergaduhan Dengan Ibu, Anak Nourul Depp Jelaskan Isu Sebenar

Ayu dengan ibunya pun dah berbaik.. Korang doakan yang baik-baik ok!

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Trending Mon, 13 Sep 2021
Trending Fri, 28 Aug 2020
Featured Wed, 13 Oct 2021

Bantuan Insentif Buat B40, B50 Yang Terjejas – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) oleh sektor perbankan bagi membantu kumpulan 50 peratus terbawah atau B50. URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang […]

Trending Wed, 6 Jan 2021
error: Content is protected !!