Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir November 20, 2023 @ 2:36pm

[VIDEO] Maria Farida Bukan Punca Pergaduhan Dengan Ibu, Anak Nourul Depp Jelaskan Isu Sebenar

Anak kepada penyanyi Nourul Depp dan Ajai, Ayu Nazirah menjelaskan perkara sebenar mengenai isu dakwaan perbalahan berlaku antara dia dan ibunya disebabkan oleh pelakon Datin Seri Maria Farida.

Menerusi hantarannya di Instagram, sebuah portal hiburan telah menyalahgunakan tajuk artikel sehingga menimbulkan spekulasi yang negatif.

“I am here today to set few things right. As all of you may know, my father was being interviewed. There is this one online media platform that in a way salah guna ayat sebagai tajuk headline article and I think that was not right,” katanya.

Menurut Ayu, dia akui berlaku perbalahan antara dia dan ibu namun Maria Farida bukan punca perselisihan faham itu terjadi.

“I want to set things clear. Yes, ada pergaduhan antara saya dengan ibu saya and I’ve already apologized and set thing straight with her.

“The thing I want to correct here that Datin Sri Maria Farida was never the cause of it. Whatever between me and my mother, it was between me and my mother and I hope everyone can respect that,” jelasnya.

Sementara itu, anak sulung kepada komposer terkenal ini memohon agar orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah hanya berdasarkan tajuk berita.

“So please just by the headline (artikel), please stop slandering or accusing someone who has never done anything wrong, who is actually been very good to me and to stop spreading nonsense about this issue anymore. Saya dengan ibu saya sudah berbaik,” ujarnya.

Pada masa sama, Ayu berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi sokongan buat dirinya.

Malah, dia menegaskan sekali lagi dan merayu untuk berhenti daripada bercakap tentang kehidupan peribadinya.

“Saya harap semua orang boleh respect me to maintain my private life. I would like to thank everyone said their prayers for me, who were given support to me and sticking by me to those who knows me very well. Thank you for wishing me all the best.

“I beg and I ask all of you to stop this thing here. Everything is okay and I don’t want anything relating to my life to be sort of entertainment for anyone, anymore,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AyuFit 💪🏼🌱 (@ayu_ace)

Terdahulu, Ajai memberi kenyataan mengenai Ayu dan bekas isterinya sudah memperbaiki hubungan mereka dan menganggap hal tersebut adalah perkara biasa yang berlaku dalam hubungan ibu dan anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 23 Jan 2021
Featured Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Wed, 23 Jul 2025
Hiburan Tue, 7 May 2024
Contest Thu, 6 Feb 2020
Trending Sun, 25 Mar 2018

Famous Malaysian YouTuber Jared Lee Diagnosed With Cancer

Cancer is no joke but it shouldn’t be something kept hush hush either. Thank you Jared for speaking out about this.

Featured Wed, 23 Apr 2025

“Kekuatan Saya Adalah Isteri” – Edika Yusof Nafi Kasari Nor Hidayah, Anggap Tuduhan Sebagai Penghinaan

Tuduhan yang diberikan isterinya dalam permohonan cerai yang lalu dianggap keterlaluan dan turut satu bentuk penghinaan.

Featured Wed, 7 Sep 2022

Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Akhirnyaaaa, semoga semuanya dipermudah! Kita tunggu keputusan pihak berkuasa nanti 🤲🏻

error: Content is protected !!