Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 10, 2023 @ 4:37pm

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Susuk fizikal penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip sering menjadi bahan bualan masyarakat, apatah lagi ada yang sanggup melemparkan tuduhan fitnah kononnya Hafiz mengambil barang terlarang.

Terbaharu, Hafiz atau nama penuhnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 33, berkongsi foto lama milik jurulatihnya menerusi perkongsian di Instagram.

“Assalamualaikum, saja nak share gambar yang aku korek dalam Facebook trainer aku.

“Nak kurus kita kena usaha, bukan sekadar ‘berjakok’ (bercakap)di media social menyebar fitnah secara tak sedar,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34) ini memaklumkan, tidak semua perkara boleh dikongsikan kepada umum.

“Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa yang Allah SWT berikan.. Kesakitan atau pahit yang di alami usah di raih simpati bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biar kebaikan dan manis sahaja di saji,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Hafiz menyokong dan bersetuju dengan apa yang dikongsikan.

Malah, mereka juga sempat berseloroh meminta penyanyi itu untuk tampil dengan album baru dan membuat kemunculan semula setelah sekian lama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 14 Jul 2023

Tok Ram Komen Penyanyi Perlu Buat Album, Ini Respons Aina Abdul – “Awalnya Rasa Macam Tuju Pada Saya Tapi….”

‘Kalau orang tanya mana lagu saya, sabar…. Saya tengah asah pisau’ – Aina Abdul 🔥

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Semangat ‘Abah’ Sentiasa Dekat -Neelofa

Syawal luar biasa bagi Neelofa & keluarga tahun ini…

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Featured Sun, 4 Aug 2019

Tip bergaya buat mereka yang ‘plus size,’ memang cun habis!

Tiada lagi alasan untuk tidak cantik selepas ini

Trending Thu, 22 Oct 2020
Trending Fri, 4 Sep 2020
Events Mon, 29 Jul 2024

Mahu Anak Membesar Depan Mata, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Selesa Tak Hantar Anak Ke Sekolah Berasrama – “Itu Saja Momen Yang Akan Saya Ada Dengan Mereka”

Betul ada mak bapa yang lebih selesa anak mereka dihantar ke sekolah harian sebab takut dengan isu buli ni😎✌️

error: Content is protected !!