Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin May 25, 2018 @ 10:00am

Dari Siri TV, Mak Cun Tampil Dengan Permainan Digital

Anda suka tak tengok drama siri Mak Cun yang ditayangkan di TV3? Untuk pengetahuan anda, drama ini sudah memasuki musim yang keempat dan kini telah melancarkan permainan digital menerusi Mak Cun’s Adventure. Makin hebat kan?

Mak Cun’s Adventure telah dilancarkan menerusi Media Prima Labs yang merupakan permainan yang merangkumi 30 tahap yang akan membuatkan anda teruja dengan setiap cabaran baharu yang bakal dihadapi di setiap peringkat permainan. Menariknya, permainan ini boleh dinikmati dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan anda, Mak Cun’s Adventure atau ‘Diner Dash’ versi tempatan ini menampilkan karakter utama Mak Cun di mana anda berperanan membantu Mak Cun menyiapkan pesanan para pelanggan di warungnya!

Daripada Char Kuey Teow sehinggalah Nasi Campur, permainan interaktif ini menguji kepantasan serta ketangkasan anda menyusun strategi. Tambah menarik lagi, lagu tema Mak Cun juga turut menjadi runut bunyi asal bagi permainan mudah alih ini. Wow! Mesti best!

Bagi anda yang sukakan dua kombinasi iaitu makanan dan menyusun strategi, pasti anda akan tertarik dengan Mak Cun’s Adventure ini! Penulis yakin, anak-anak anda juga pasti akan menyukai game ini. Anda boleh muat turun permainan mudah alih ini secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store. Muat naik sekarang ok!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Jan 2025
Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Featured Fri, 24 Apr 2026

‘Abang Minyak Hitam’ Hadiahkan Pakej Umrah Buat Ibu Tercinta

Mohd Yusof menyifatkan ia adalah peluang bermakna kerana dengan hadiah yang diberikan, dia dapat menunaikan impian  untuk membawa ibunya ke Tanah Suci.

Featured Thu, 12 Jun 2025

Gara-Gara Dituduh Simpan Dokumen Jantung Fara Salleh, Shuk Sahar Minta Bantuan ‘Maid’ Geledah Rumah 

Shuk Sahar seakan tidak berpuas hati apabila dikatakan menyimpan dokumen jantung milik Fara Salleh.

Featured Thu, 11 Aug 2022

Sering Digandingkan Bersama, Amar Baharin Tak Kekok Berlakon Dengan Isyariana

Biarkan Ia Pergi gandingan Amar Baharin & Isyariana

Featured Tue, 18 Oct 2022
Featured Tue, 9 May 2023
error: Content is protected !!