Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin December 7, 2017 @ 8:31am

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

Filem ini menampilkan gandingan Park Seo-joon dan Kang Ha-neul sebagai watak utama. Ki-joon (Park Seo-joon) dan Hee-yeol (Kang Ha-neul) telah bertemu apabila Park Ki Joon menolong Hee Yeol dalam salah satu latihan Polis di Akademi mereka.

Walaupun berbeza, namun mereka mempunyai matlamat yang sama

Plot filem ini mula berkembang apabila Park Ki Joon dan Hee Yeol merancang keluar dari Universiti untuk pergi berhibur. Malangnya, pada saat itu mereka telah menyaksikan satu kes penculikan .

Kecewa dengan Pihak Polis yang lambat membuat penyiasatan, mereka akhirnya setuju untuk menyiasat sendiri kes tersebut.

Perkembangan cerita ini sangat menarik, meskipun mempunyai jalan cerita yang serius namun, apabila adanya elemen-elemen komedi slapstick ianya menjadikan filem Midnight Runners ini tidak complicated dan boring.

Antara aksi Park Seo Joon yang mencuit hati dalam filem Midnight Runners

Konflik dalam filem ini semakin menarik apabila mereka menemui bukti mengenai penculikan itu sehingga membawa mereka ke lokasi yang digunakan untuk mengurung mangsa-magsa penculikan.
Dan, apa yang mengejutkan mereka adalah, mangsa-mangsa penculikan semuanya terdiri daripada gadis-gadis di bawah umur yang memiliki “telur yang segar” (ovum). Tujuannya adalah untuk di jual di sebuah Hospital Kerajaan bagi mereka yang mandul.


Salah-satu adegan dalam filem Midnight Runners.

Midnight Runners bukanlah sebuah filem aksi yang berat, namun setiap pergaduhan atau adegan-adegan aksi itu cukup untuk membuatkan mata terbeliak. Walaupun tiada unsur tembakan atau penggunaan alat-alat yang rumit, Namun, berlawan menggunakan fizikal dan sesekali menggunakan taser gun itu sudah cukup untuk membuatkan penonton tidak kering gusi.

Penonton mungkin merasakan pada mulanya filem ini agak skeptikal yang berkisarkan kehidupan penuntut universiti polis bagaimanapun ia mungkin silap.

Malahan, filem ini membuat penulis berasa kagum dan semakin hormat dengan kerjaya sebagai anggota polis yang sentiasa bersedia untuk melindungi nyawa orang awam.


Ki Joon dan Hee Yeol setelah menamatkan pengajian mereka di Universiti Kebangsaan Korea.

Secara keseluruhannya, Filem ini sangat bagus dan boleh di spesifikasikan sebagai filem Korea yang terbaik pada tahun 2017 dan bagi penulis sendiri Midnight Runners adalah filem wajib tonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Featured Wed, 7 Dec 2022

Zaquan Adha Bagi Hint Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam?

Wah betul ke ni? Tahniah! Lepas ni dah cukup nak buat team bola sepak

Featured Sun, 21 May 2023
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Cinta Sejenis Miley Cyrus Bertahan Hanya 2 Bulan!

Penyanyi Miley Cyrus (26 tahun) menggegarkan Hollywood apabila dia mengumumkan penceraiannya dengan pelakon, Liam Hemsworth awal Ogos lalu, selepas hanya 8 bulan berkahwin. Yang paling menggemparkan? Ura-ura perpisahan itu adalah kerana  dia sedang dilamun cinta […]

Featured Sun, 3 May 2026

“Artis Juga Manusia Biasa, Perlu Tunaikan Kewajipan”- Aisha Retno 

Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persoalan yang sering dibangkitkan mengenai pelaksanaan ibadah solat dalam kalangan artis, khususnya ketika mengenakan solekan.

Featured Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Thu, 26 Sep 2019
error: Content is protected !!