Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain March 13, 2023 @ 10:14am

Trauma Kamal Adli Dipukul, Uqasha Minta Netizen Hentikan Komen Tidak Bermoral

Pelakon Uqasha Senrose mengakui dirinya kini sedang trauma menyaksikan keadaan suaminya, Kamal Adli dipukul sehingga berlumuran darah.

Sebelum ini, Uqasha memamklumkan bahawa Kamal telah dipukul di bahagian kepalanya oleh individu yang disangka peminat dengan menggunakan cotar besi ketika berada di sebuah expo di Singapura, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

Biarpun suspek sudah berjaya diberkas, Uqasha meminta agar orang ramai untuk tidak memberikan sebarang komen negatif atau tidak bermoral menerusi hantaran di Instagram Story (igs).

Dalam kenyataan itu, pelakon itu menyatakan suspek merupakan warganegara Singapura dan tiada sebarang masalah mental.

“Salam sorry kalau kali ni saya jadi mulut jahat atau puaka! Suami saya kena pukul dengan orang Singapore memang warga Singapore. Saya sendiri tengok IC dia, tapi saya tak cakap semua orang Singapore jahat or whatsoever.

“Lelaki yang libas suami saya pakai cota besi tu siuman normal! Kalau ta ada benda yang elok or baik nak cakap, jangan cakap pape (apa-apa)!

“Suami saya berdarah depan mata saya, saya isteri saya trauma saya menggigil. Tolong jangan komen benda bodoh!,” tulisnya.

Terdahulu, Uqasha turut memaklumkan bahawa Kamal akan menjalani pembedahan kerana luka yang besar dan panjang di bahagian kepalanya.

Dalam perkongsian lain, Uqasha juga sempat berkongsi tangkap layar perbualan suspek dengan seseorang yang didakwa ia serangan yang dirancang di Igs.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Oct 2021
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Rahsiakan Perkahwinan, Bienda Mohon Maaf

Takkanlah saya nak beritahu kami ‘nikah gantung’ sebab nak simpan duit. Mesti akan timbul pelbagai prasangka buruk hanya kerana saya artis…

Hiburan Sun, 4 Feb 2024

Titip Rasa Syukur, Sharifah Amani Umum Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Alhamdulillah tahniah Amani & suami! Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼👶🏻

Hiburan Wed, 17 Oct 2018

Konsert Memang WOW, Mariah Carey Masih Belum Hilang ‘Sengat’

Sebanyak 17 buah lagu dinyanyikan tanpa sebarang gangguan vokal mahupun teknikal. Memang power!

Trending Wed, 23 Dec 2020
Featured Fri, 2 Jul 2021

Pergerakan 3 Orang Dalam Satu Kereta Dibenarkan

Penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi dibenarkan untuk melakukan pergerakan tiga individu dalam sebuah kenderaan. Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, […]

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Siapa “A” Cinta Hati Zulin Aziz?

Beliau memang rapat dengan Amanda dan kehadiran Amanda juga sedikit sebanyak dapat mematangkan dirinya. Beliau juga turut menjelaskan bahawa beliau tidak terniat langsung merampasnya dari ibu bapa kandung beliau

error: Content is protected !!