Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 3, 2022 @ 6:56pm

Sempat Berseloroh Nak ‘Reveal’ Kuku Bilal Jika Dapat 10,000 Viewers, Neelofa & PU Riz Teruja Terima ‘Gift’ TikTok

Pasangan suami isteri popular, PU Riz dan Neelofa dilihat begitu teruja apabila diberikan ‘gift’ menerusi aplikasi TikTok mereka.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah kedua-dua pasangan ini tidak mengetahui ‘gift’ yang diberikan peminat itu sebenarnya boleh ditukarkan menjadi wang.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh individu yang dikenali sebagai @indigovelvet4, PU Riz sempat meminta diberikan ‘gift’ lagi sekali buat isterinya kerana menyangka ia hanyalah sekadar filter di TikTok berkenaan.

Video berdurasi lebih satu minit itu mendapat perhatian warganet apabila Neelofa sempat berseloroh sekiranya jumlah tontonan mencecah 10,000 tontonan beliau akan mendedahkan kuku anaknya, Bilal.

 

Dalam hantaran yang berlainan pula, Neelofa ada menyebut sekiranya terdapat mana-mana  individu yang ingin berkenalan dengan pelantun lagu Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi, perlulah mendapat restu daripada beliau dan PU Riz terlebih dahulu.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri ini apabila kedua-duanya dilihat begitu mesra dan comel.

 

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Apr 2018

Suami Buat Muka Selamba Buang Kepala Isteri Dalam Tong Sampah. Kejamnya!

Sudahlah kepala isteri dipenggal, seorang lelaki dirakam berjalan dengan aksi muka selamba di lorong-lorong kecil sambil memegang kepala mayat isterinya.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Wed, 2 May 2018

Kenapa Agaknya Janna Nick Pilih Lelaki Sederhana?

Menurut Janna, sekiranya hatinya terbuka untuk mendirikan rumah tangga, dia lebih selesa mencari lelaki yang sederhana kerana wang bukanlah penentu kebahagian seseorang

Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

error: Content is protected !!