Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 17, 2024 @ 6:53pm

Tempoh Idah Dua Bekas Isteri Selesai… Datuk Red Hilang Dari Radar, Tak Mahu Diganggu – “Doakan Dia Kembali Bersemangat”

Usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red difahamkan kini ‘menghilang’ daripada media sosial selepas tempoh idah bersama kedua-dua bekas isterinya, Sharifah Norshafila dan penyanyi, Adira Suhami selesai.

Menerusi hantaran di TikTok, admin akaun Datuk Red iaitu Yoshiro memaklumkan bekas suami Adira itu memilih untuk tidak aktif di media sosial buat sementara waktu.

“Pesanan dari admin, Yoshiro, Abang Red tidak dapat live lagi, dia tak diganggu dan kami berharap jangan timbulkan persepsi yang dia bercinta ke apa.

“Hidup dia pun belum stabil lagi harap maklum ye, terima kasih. Ini dia pergi mana pun kami tak tahu,” tulisnya di TikTok story.

Datuk Red

Sementara itu, berdasarkan muat naik terbaharu di akaun tersebut, Datuk Red berkata dia akan menghilang dari radar.

“Abang Red hilang dari radar sebentar, doakan dia kembali bersemangat untuk live dan menghiburkan kita,” tulisnya.

Datuk Red

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen menitipkan kata sokongan kepada Datuk Red agar dia kembali bergiat aktif di media sosial seperti sebelumnya.

Terdahulu, Datuk Red memaklumkan tempoh idah bersama bekas isteri pertama, Sharifah Norshafila telah selesai pada 14 Julai lalu selepas sah bercerai talak satu pada 13 Mei.

Dalam masa yang sama, Datuk Red juga berkata tempih idah bersama penyanyi, Adira Suhaimi juga telah habis pada 15 Julai selepas mereka berpisah pada 24 April lalu.

Artikel Berkaitan: Unfollow Datuk Red Di Media Sosial, Adira Suhaimi Nak Jaga Pandangan & Hati

Artikel Berkaitan: Tempoh Idah Dengan Bekas Isteri Kedua Selesai, Datuk Red Kenang Jasa Adira Suhaimi – “Terima Kasih Sayang Jadi Asbab Saya Dikenali, Boleh Berniaga…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 9 Aug 2022
Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 28 May 2019

‘Hilang Suara, Demam Tak Kebah’, Hael Husaini Sakit Dibuat Orang?

Penyakit misteri Hael, mengharapkan doa para peminat agar cepat sembuh

Hiburan Thu, 10 Oct 2024

“Bunga Bukan Sekuntum, Teruskan Cari Kebahagiaan Baru” – Esma Daniel Titip Pesanan Kepada Fattah Amin

‘Jika bunga itu sukar dilupakan, hargailah kenangannya’ – Esma Daniel

Featured Fri, 12 Dec 2025

“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya menarik perhatian warganet apabila berkongsi pandangan ringkas namun mendalam mengenai soal jodoh.

Hiburan Mon, 24 Mar 2025
Featured Wed, 18 May 2022
error: Content is protected !!