Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 18, 2022 @ 7:00pm

Pelajar Lelaki 14 Tahun Bongkar Perbuatan Jijik Guru Agama Setelah 4 Tahun Jadi Mangsa Liwat

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mengambil keputusan untuk mendedahkan dan membongkar perbuatan jijik guru agamanya kepada pihak polis yang didakwa telah meliwatnya sepanjang empat tahun.

Isu berkenaan didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis, Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Selasa.

Kejadian yang dipercayai bermula pada tahun 2018 itu mendakwa guru yang juga warden asram sebuah sekolah membuat tindakan berkenaan ketika mangsa masih dibawah usia 12 tahun.

Tambah Muhammad Zaki, mangsa mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan lebih sekali berdasarkan tempoh tersebut.

Susulan laporan pelajar terbabit, guru berkenaan telah ditahan di tempat dia mengajar di sekolah agama Tanah Merah.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an telah ditahan dan pihak polis akan memohon perintah reman.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut manakala mangsa akan menjalani pemeriksaan di hospital,” kata beliau.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14A Akta Kesalahan Kanak-kanak.

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Joked About Being Single, Neelofa Caught On Camera Glaring At Nabil

Maybe the joke was a bit too sensitive for her?

Hiburan Fri, 3 May 2019

Tiket Konsert Jason Mraz Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Wow, penangan Jason memang ‘berbisa’!

Filem Wed, 12 Apr 2023

Tonton Apa Hari Ni: ‘Seindah Kasih’

Dunia media ni mencabar juga ya!

Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Dituduh Makan Di Restoran Didakwa Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Bidas Netizen – “Jelas Terpampang Besar Sijil”

Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran dikunjunginya

Trending Mon, 10 May 2021

Gurindam Lebaran Poova Dalam ‘Bersama Di Hari Raya’

Penyanyi Poova, kembali memeriahkan bulan Ramadan pada tahun ini dengan menyanyikan semula lagu ‘Bersama Di Hari Raya’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Cenderawasih. Menurut Poova, ini merupakan pengalaman pertamanya menyanyikan lagu Raya. […]

Trending Mon, 2 Mar 2020

COVID-19: Jururawat Pelatih Jadi Mangsa Terbaharu Di Malaysia!

Mangsa Covid-19 yang ke 29 di Malaysia!

Trending Mon, 17 Sep 2018

Akhirnya… Anuar Zain Dah Ada Instagram!

Akaun yang kurang seminggu dibuka itu kini sudah mempunyai lebih 10,900 pengikut.

error: Content is protected !!