Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 3, 2019 @ 3:18pm

Tiket Konsert Jason Mraz Laku Macam Goreng Pisang Panas!

Tiket konsert jelajah Jason Mraz Good Vibes Tour 2019 laku macam pisang goreng panas!

Atas sambutan hangat daripada peminat setia penyanyi I’m Yours itu, hampir semua tiket zon bawah telah habis terjual sejak 13 April lalu.

Jason Mraz akan berada di Malaysia buat kali ketiga bagi melengkapi siri jelajah Asia

Good Vibes Tour 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 Mei ini.

Kali terakhir Mraz menghiburkan peminatnya di Malaysia adalah ketika siri jelajah Tour Is A Four Letter Word pada 2012. Sejak itu, Mraz sentiasa menzahirkan keinginannya untuk kembali ke bumi Asia.

Bagi penyanyi ini, setiap set di rantau ini menjadi terasa seperti acara terbilang, bukan persembahan biasa.

Pelantun lagu hit seperti You And I Both dan Lucky ini turut menyifatkan perasaan membuat persembahan di Asia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ini baginya jauh berbeza daripada mana-mana tempat lain di dunia.

“Saya dapat rasakan setiap kali di sini, peminat amat menghargai persembahan saya. Penyertaan penonton di Asia sungguh harmoni dan supersonik,” katanya dalam kenyataan.

Mraz mula menikmati kejayaan arus perdana pada 2002 dengan album sulungnya, Waiting For My Rocket To Come.

Pengumuman siri jelajah Good Vibes ini dibuat untuk menyokong promosi album keenamnya yang berjudul Know pada 10 Ogos 2018. Ini adalah album kelima Mraz yang tersenarai dalam carta Top 10 Billboard 200.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk siri jelajah Good Vibes, apa tunggu lagi? Cepat beli sebelum habis!

Anda boleh beli secara online sejak 13 April lalu hingga 13 Mei depan di laman superdeals.com.my dengan tawaran potongan harga eksklusif sebanyak 20 peratus.

Harga tiket bermula daripada RM 238.40, RM318.40, RM398.40,RM478.40 dan RM558.40 selepas diskaun di SuperDeals!- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Oct 2019

「金嗓天后」蔡琴明年2月15日槟城首唱!

曾来马举办过无数次演唱会的蔡琴,这回首次到「大马东方之珠」槟城开唱,邀请知音们共赴一场《风华绝代》的经典之夜。

Featured Wed, 26 Feb 2025

Bakal Lancar Lagu Raya, Siti Nurhaliza Puji Karya Aisha Retno – “Tahniah! Anak Muda Yang Hebat”

Siti memaklumkan dia bakal tampil dengan lagu raya terbaharunya tidak lama lagi.

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Panas! Akhirnya Fathia Latiff Berubah

Isu viral yang melibatkan beliau menjadi perhatian ramai menerusi Bigo Live, isu membuka hijab dan datang lambat ke lokasi penggambaran dijadikan satu rujukan agar dirinya itu tidak mengulangi kesilapan yang sama

Hiburan Sat, 4 May 2019

Nadia Brian Selamat Bertunang

Pelakon dan model jelita, Nadia Brian, 28, selamat menjadi tunang kepada Mu’izz Nasruddin, 28, di sebuah hotel di sini, hari ini. “Muiz lelaki yang baik, sangat bertanggungjawab dan saya bertuah dapat mengenalinya. “Dia sangat memahami […]

Selebriti Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Sun, 15 Oct 2023
Cahaya Mata Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Wed, 15 Nov 2023

Tak Sama Pendapat Dengan Universal Music Group, Siti Nurhaliza Teguh Pendirian Tetap Pertahankan Palestin

“Apa yang disuarakan oleh UMG adalah tak sama dengan pendirian saya” – Tokti

error: Content is protected !!