Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 3, 2023 @ 11:28am

[VIDEO] Syatilla Melvin Bongkar Gelagat Syeriv Peramah Dengan Wanita – “Nampak Perempuan Cantik, Suka Sembur Perfume Banyak…”

Pelakon dan usahawan jelita, Syatilla Melvin mendedahkan gelagat anak sulungnya, Syeriv Samheizy yang gemar memakai wangian bapanya, Shaheizy Sam.

Menerusi sebuah video siaran langsung di TikTok, Syatilla menceritakan satu kejadian yang telah menghiburkan ramai.

“Haritu kawan Sam bawak mai girlfriend dekat rumah. Cantik la perempuan tu, comel. Anak aku dia dok menyending, buat menyembang  jadi ramah.

“Lepastu, tiba-tiba aku beralih tengok dia tak ada. Dia berlari naik tangga. Pastu dia turun, pergi kat perempuan tu kata ‘smell me’.

“Masa tu aku pelik la macam apa benda smell me kan. Aku check cctv, dia naik atas sembur perfume bapa dia turun bawah suruh perempuan tu bau dia.

“Punya tak ok anak aku Ya Allah,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut telah membuatkan rata-rata netizen terhibur mendengar gelagat Syeriv yang dikatakan sangat comel.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 670,000 tontonan, 37,000 tanda suka dan 88 komen.

Sekadar info, Syatilla dan Shaheizy berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, Sarima Samhiezy, 3 dan Salama Samhiezy , 6 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Jul 2024

Alami Serangan Jantung, Bapa Azharina Meninggal Dunia

Penyanyi Azharina berkongsi berita duka apabila memaklumkan ayahnya, Azhar M. Y Ahmad menghembuskan nafas terkahir pada jam 1.59 tengah hari tadi. Menurut Azharina, arwah bapanya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah. […]

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Komen biadap? Sekat Saja!

Ini bagi menjaga keharmoniaan sekaligus menangkis aura negatif individu berkenaan. Bagus cara ini! Awas ya untuk anda yang berniat nak lemparkan komen negatif. Sebelum menaip, fikir dulu ya!

Hiburan Thu, 5 Mar 2020

Dah Muak Dengan Maklumat Palsu Para Kepoci, Dr. Amalina Buat Website Baru Untuk Anda Semua

Dr. Amalina berdedikasi untuk menyampaikan maklumat sahih kepada semua melalui website terbaharunya.

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Fizo Omar, Mawar Karim Akhirnya Sepakat Tutup Restoran FizoMawar Kitchen Selepas Berpisah

Umum tahu kisah penceraian antara pelakon Fizo Omar dan isterinya, usahawan tudung Fareeda, Mawar Karim pertengahan tahun ini selepas enam tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak, Wan Maryam berusia dua tahun.  Baca: Fizo Omar, Mawar […]

Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Sat, 21 Jan 2023

Sering Berada Di Zon Selesa Punca Sissy Iman & Naim Daniel Masih Belum Bergelar Juara Mingguan?

Masih tidak berputus asa untuk menonjolkan sesuatu yang berbeza sejak awal minggu pertama demi menghiburkan para penonton. Pasangan sepupu, Sissy Iman dan Naim Daniel masih belum berjaya untuk membawa pulang RM10,000 sebagai duo terbaik mingguan. […]

error: Content is protected !!