Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 18, 2024 @ 3:53pm

Alami Serangan Jantung, Bapa Azharina Meninggal Dunia

Penyanyi Azharina berkongsi berita duka apabila memaklumkan ayahnya, Azhar M. Y Ahmad menghembuskan nafas terkahir pada jam 1.59 tengah hari tadi.

Menurut Azharina, arwah bapanya disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Tambahnya, jenazah arwah akan dibawa ke Masjid Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

“Assalamualaikum, ayah Nina iaitu Azhar M.Y Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Nina mohon semua orang sedekahkan Al-Fatihah buat abah Nina,” katanya.

Perkara itu dikongsi penyanyi itu menerusi hantaran di Instagram Stories mikiknya sebentar tadi.

Menurut adik kepada Azharina iaitu Adriana, bapanya terkena serangan jantung sejak semalam.

“Saya dan adik bawa bapa terus ke hospital semalam. Dia tak boleh bergerak. Doktor terus bawa ke icu. Organ bapa yang lain turut tak berfungsi,” jelasnya.

 

Tambah Adriana, kakaknya akan menaiki penerbangan malam ini untuk pulang ke Sabah dari Padang, Indonesia.

“Kakak saya ada di Padang, Indonesia sejak semalam bersama pak cik kami. Dia dapat tahu abah sakit selepas sampai di sana. Hari ini dia pulang ke Sabah sebab kami maklumkan abah sudah tiada.

“Kakak bagitahu waktu penerbangan dia malam ini. Sebab tiada penerbangan dari Padang ke Sabah pada ketika ini. Kakak sempat beritahu kepada saya, suruh kami uruskan jenazah arwah. Tak elok simpan lama,” ulasnya.

Sebelum ini, bapa Azharina kerap dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) berikutan masalah jantung. Bahkan, pernah melakukan pembedahan jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍

Hiburan Tue, 10 Jun 2025
Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

Hiburan Sun, 28 Oct 2018

Kenapa Tiara Menangis Sewaktu Didukung Oleh Erra Fazira?

Kenapa Tiara menangis sewaktu didukung oleh Erra Fazira?

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu reputasi, malah memberi tekanan

error: Content is protected !!