Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari September 25, 2023 @ 7:35pm

Lebih Suka Di ‘Friendzone’, Siti Khadijah Halim Elak Cinta Lokasi – “Saya Tak Nak Melebih-Lebih”

Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim mengakui dia memilih untuk elakkan diri daripada cinta lokasi namun percaya bahawa jodoh adalah ketentuan Allah SWT.

“Saya tak boleh berkata lebih jodoh, rezeki dan ajal ditangan Tuhan, siapalah saya untuk tentukan saya bercinta dengan siapa? Berkahwin dengan siapa?

“Dan saya tak nak bercakap lebih ‘saya takkan jatuh cinta dekat set… last-last saya kahwin dengan pelakon mana-mana’. Saya tak boleh juga ‘saya ikut je dengan mana-mana tiba-tiba saya kahwin dengan mana-mana’,” katanya.

Malah, dia juga perlu lebih berjaga-jaga dalam pertuturan kerana risau kata-katanya akan memakan diri kelak.

Kongsi Siti, dia lebih gemar apabila dirinya di ‘friendzone’ ketika berada di set penggambaran dan dia mendedahkan bahawa dirinya turut pernah didekati seseorang.

“Sekarang ini saya memilih untuk berhati-hati dalam bertutur, tak nak salah cakap dan saya lagi suka bila di ‘friendzone’ dekat set. Saya lagi suka macam itulah,” ujarnya.

Tambahnya, pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini menegaskan bahawa dia enggan menjadi perosak hubungan seseorang atau orang ketiga kerana memahami perasaan seorang wanita.

“Saya tak nak lah macam. Kadang-kadang saya tak nak menghancurkan hubungan dia ke apa. Saya tak nak jadi orang ketiga sebab saya faham perasaan perempuan so saya tak nak melebih-lebih,” tuturnya lagi.

Siti Khadijah ditemui di Sidang Media siri terbaharu Viu Original, From Saga With Love di Ginger KL, Bamboo Hills, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Untuk makluman, From Saga With Love arahan Umi Salwana Omar menampilkan Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry.

Drama bergenre romantik komedi ini mempunyai 10 episod dan boleh ditonton di platform Viu bermula 21 September lalu.

Artikel Berkaitan: Individu Tawar ‘Underground Job’ Dengan Bayaran RM175,000, Ini Respons Siti Khadijah Halim – “Janganlah Sanggup Gadai Maruah!”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 May 2023

Sebaknya! Gelagat Anak Bongsu Shuk Sahar Enggan Berpisah Buat Ramai Tersentuh

Alahaiiii, anak mana yang tak sebak kalau berpisah dengan ayah dia🥲

Featured Wed, 9 Jul 2025
Featured Fri, 1 Sep 2023

“Selagi Boleh, Masukkan Je Semuanya!” – Ain Edruce Mengaku Jadikan Keluarga Sebagai ‘Content’

Selagi boleh angkut, angkut je Ain! Yang penting content Ain tak pernah tak kelakar🤣🤣🤣

Hiburan Wed, 23 Apr 2025
Trending Fri, 15 Jun 2018

Telefon Meletup Punca CEO Maut

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini tular dalam media sosial, mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu dan meletup, mengakibatkan trauma tumpul di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Featured Mon, 28 Feb 2022

Seramai 407, 097 Calon SPM Jalani Ujian Bertulis Bermula 2 Mac Ini

Semakan boleh dibuat menerusi laman web rasmi LP KPM

error: Content is protected !!