Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2024 @ 1:37pm

Farah Lee Luah Rasa Curiga Bila Daud Kim Minta Sumbangan Bina Masjid – “Korea Selatan Haram Pakai Akaun Peribadi”

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee meluahkan rasa curiga terhadap tindakan YouTuber Korea Selatan, Daud Kim yang mengutip sumbangan demi membina masjid di Incheon, Seol.

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Farah mendedahkan di Korea Selatan haram untuk menggunakan akaun peribadi bagi mengumpul sumbangan.

Jelasnya lagi, sekiranya urusan tersebut terdapat unsur penipuan, maka akan sukar untuk mendapatkan semula wang yang telah disumbangkan.

Farah Lee

“Sebagai individu, mengumpul sumbangan melalui akaun bank persendirian secara jelas adalah haram di Korea Selatan.

“Sekiranya ia adalah penipun, hampir mustahil untuk mendapatkan semula dana anda.

“Sebagai seorang yang terlibat secara aktif dalam projek amal dan pengumpulan dana, saya menekankan kepentingan menjalankan inisiatif tersebut dengan bekerjasama dengan NGO yang berdaftar untuk memastikan pengurusan dana yang teliti dan audit dana yang telus,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farah Lee (@farahlee_)

Sebelum ini, Kim berkata dia membeli tanah seluas 284.4 meter persegi di Pulau Yeongjong, Incheon berharga KRW189 juta atau RM657,000 pada 11 April lalu.

Kim meluahkan hasrat untuk membina masjid di tanah tersebut dengan meminta sumbangan dana daripada orang ramai.

Namun begitu, Kim didakwa menipu apabila dia menggunakan akaun peribadi untuk meraih sumbangan bagi pembinaan masjid tersebut.

Farah Lee

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan daripada pihak Kim sendiri.

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Fuad Sebab Kahwin Dengan Saya” – Kekok Bercinta Tapi Serasi Bersama, Farah Lee Spill Sikap Suami Persis Arwah Bapa

Artikel Berkaitan: Travel 40 Buah Negara Demi #Daddybermatabiru, Farah Lee Akhirnya Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – “Ingatkan Jatuh Kuda Je, Rupanya Terjatuh Cinta Sekali”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Jan 2025

Amir Hasan Luah Perasaan Dalam ‘Pelangi’

Evolusi Amir Hasan dalam lagu berjudul Pelangi

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Filem Terbaru Upin Ipin Pemenang Anugerah Antarabangsa

Tahniah diucapkan kepada Produksi Les’ Copaque apabila filem animasi tempatan terbitan mereka, Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal telah dipilih sebagai pemenang kategori “Feature Film” di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE) semalam.   […]

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上报名!

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上招募!

Hiburan Fri, 2 Aug 2024

Ara Johari Tertekan Terima DM Tak Senonoh

Ish tak ada kerja lain yang lebih elok ke nak buatttt

Featured Fri, 27 Oct 2023

“Pilih Circle Yang Betul Tak Bermakna Saya Perlu Buang Kawan”- Bergaul Dengan Agamawan, Zizi Kirana Mengaku Kekal Istiqamah Bukan Perkara Mudah

kadang kita kecikkan circle bukan sebab sombong tapi kita memilih untuk hidup lebih tenang dan jadi lebih positif❤️

Trending Fri, 16 Jul 2021

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

Wah, bantuan buat orang bekerja sendiri pun ada gaisss!

error: Content is protected !!