Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 27, 2023 @ 8:01pm

Walaupun Belum Jumpa Rumah Sewa Baharu Yang Sesuai, To’ki Tetap Akan Pindah Keluar – “Kenapa Perlu Tinggal Lagi Kalau…”

Penyanyi popular era 90-an, To’ki memaklumkan dia kini masih belum menemui rumah sewa baharu untuk berpindah bersama keluarganya.

Menurut laporan mStar, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, berkata, dia masih belum menemui rumah yang sesuai.

“Saya ada jumpa satu rumah di kawasan Gombak, tapi ia hanya dua bilik. Tak sesuai untuk saya dan keluarga.

“Selain bilik tidur sendiri, ibu mentua juga tinggal bersama. Selain itu, saya perlukan satu bilik untuk buat rakaman lagu. Buku-buku saya pun banyak, kenalah ada ruang yang cukup.

“Jadi sekarang ini saya masih lagi mencari rumah sewa baru,” katanya.

Tambah pelantun lagu Hampa itu lagi, dia juga telah melangsaikan semua hutang terhadap pemilik rumah sewa berkenaan.

Malah. To’ki tetap dengan pendiriannya untuk berpindah keluar dari rumah tersebut.

“Saya dah selesaikan semua hutang. Walau pun dah bayar semua tunggakan saya tetap akan berpindah keluar.

“Walau pun dah bayar semua tunggakan saya tetap akan berpindah keluar.

“Kenapa perlu tinggal di rumah ini lagi kalau ada masalah dengan pemiliknya. Lebih baik saya cari tempat baru,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi lelaki popular era 90-an didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Malah, penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.

Notis mengosongkan rumah turut diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah itu.

Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To’ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.

Pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, Tuan Rumah Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, To’ki Tampil Beri Respons

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tak Pernah Mengemis! ”- To’ki Beri Respons Isu Dituduh ‘Amuk’ & Keras Kepala

ARTIKEL BERKAITAN: Bertegas Tak Mahu Keluar Dari Kediaman, Penyanyi Popular 90-an ‘Serang’ Tuan Rumah Dengan Parang

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Oct 2019

Al- Fatihah…Jenazah Anak Fauziah Nawi Sudah Ditemui

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Ini Perkara Menarik Yang Korang Mesti Tak Tahu Bila Tonton Drama Korea – Encounter?

Wah! Ensem kan Oppa korang ni? Mesti melting tengok drama-drama dia kan

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Fri, 11 Jul 2025
Trending Wed, 31 Mar 2021

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia […]

Hiburan Fri, 28 Jun 2019
Events Sun, 27 Oct 2019

Jangan Lupa Saksikan 10 Protege Mentor Milenia 2019 Berentap Malam Ini!

Jangan ketinggalan UNDI protege kegemaran korang malam ini, 9 Malam guys!

error: Content is protected !!