Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 13, 2023 @ 1:30pm

Didakwa Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, To’ki Tampil Beri Respons

Penyanyi popular era 90-an, To’ki tampil bersuara mengenai dakwaan enggan membayar tunggakan sewa rumah sehingga diberikan notis keluar oleh pemilik rumah, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, enggan memberikan sebarang komen mengenai masalah tersebut.

“Saya tak nak komen buat masa ini,” katanya.

Menurut pelantun lagu Hampa itu lagi, dia kini masih tinggal di rumah tersebut.

Malah memberitahu sedang menunggu makluman daripada pihak Baitulmal untuk memberi jaminan akan mendapatkan rumah baharu untuk dirinya sekeluarga dengan segera.

“Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi lelaki popular era 90-an didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Malah, penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.

Notis mengosongkan rumah turut diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah itu.

Bagaimanapun, pemilik rumah memberi kebenaran kepada To’ki tinggal di rumah itu sehingga 31 Oktober ini selepas pertemuan bersama pegawai dari Baitulmal.

Pihak Baitulmal juga sudah melangsaikan tunggakan sewa dan bil elektrik itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, Tuan Rumah Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Bertegas Tak Mahu Keluar Dari Kediaman, Penyanyi Popular 90-an ‘Serang’ Tuan Rumah Dengan Parang

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 15 Dec 2022

Majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Hadiah Penghargaan Buat Warga Pendidik

Guru adalah obor ilmu menjadi cahaya dalam membantu pelajar untuk berjaya di dalam pelajaran. Oleh itu, NTV7 rangkaian televisyen Media Prima Berhad (MPB) telah menganjurkan majlis Terima Kasih Cikgu Didik TV KPM 2022 Majlis ini […]

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

RM100K Milik Mark Adam?

Mark Adam berjaya dinobatkan sebagai Juara BBB 2018 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM100K

Featured Thu, 22 Jan 2026

“Biawak Tak Boleh Buat Handbag, Cantik Pun Tidak! Jadi Kita…” – Fazura Berseloroh Isu Beg Tangan Diperbuat Dari Kulit Haiwan

Fazura tampil berseloroh ketika menjelaskan mengenai produk beg tangan dibawah jenamanya yang didakwa dibuat menggunakan kulit biawak.

Featured Sat, 4 Mar 2023
Featured Wed, 22 Feb 2023

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Wahh tahniah! PU Riz pun dah ikut jejak isteri buat bisnes

Featured Mon, 28 Jul 2025

Penuh Aura! Selepas 7 Tahun, Sheila On 7 Kembali Hangatkan Pentas Latihan Pestapora Malaysia

Latihan Pestapora Malaysia 2025 disambut meriah peminat dua buah negara.

error: Content is protected !!