Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir February 22, 2023 @ 1:53pm

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz kini menceburkan diri dalam perniagaan kecantikan.

Pemililk nama penuh Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, telah membuka pusat rawatan estetik iaitu Airiz Aesthetic Center bersama rakan perniagaan, Dr Aizul Hafizi.

Perniagaan ini yang menggunakan kombinasi antara perubahan estetik dan tradisional Islam dengan menawarkan rawatan akupuntur dan bekam.

Menurut suami kepada usahawan terkenal Neelofa, perancangan untuk meneroka perniagaan berasaskan rawatan kecantikan sudah lama dirancangkan bahkan sebelum berkahwin lagi.

“Perancangannya sudah lama iaitu sebelum kahwin dan ketika saya masih belajar, tapi masa itu ada kekangan. Alhamdulillah sekarang ini ada waktu untuk meneruskannya.

“Saya lihat ia adalah bahagian perniagaan yang baik kerana orang akan sentiasa berulang kali ke sini. Bila ada pengulangan maksudnya bisnes itu bagus.

“Dalam masa sama, saya minat bekam dan rawatan Islam, jadi kami akan sekalikan nanti. Pusat ini bukan untuk perempuan sahaja dan lelaki juga perlukannya,” jelasnya.

Selain itu, dia juga pernah bekerjasama dengan rakan perniagaan yang merupakan kawan lamanya itu.

“Saya memilih Dr Aizul sebab satunya disebabkan kawan lama. Awal-awal dulu saya selalu bantu dia untuk buat ulasan tempat dia secara percuma.

“Jadi, saya rasa selepas itu apa salahnya untuk jalankan bisnes bersama-sama. Doakan supaya kami dapat buka satu cawangan di setiap negeri. Kita lihat bagaimana rezeki yang dapat,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Aizul berkata, dia amat menggalakkan kaum lelaki untuk turut mendapatkan rawatan.

“Kita ada beberapa staf lelaki yang membuat rawatan untuk lelaki. Macam saya ada klinik sendiri juga ada staf lelaki dan perempuan. Biasanya peratusan pelanggan lelaki dan perempuan yang datang boleh dikatakan sama sahaja.

“Setakat ini kami mahu fokus cawangan ini dahulu dan lihat bagaimana perjalanannya kerana cawangan ini juga sangat besar. Di sini kami ada lapan bilik rawatan, satu bilik ‘treatment’ termasuk beberapa petugas perubatan.

“Rawatan sebenarnya sama sahaja, tapi bila PU Riz sertai kami, dia tambah beberapa perkara seperti rawatan akupuntur dan bekam. Ia kombinasi antara perubatan estetik dan tradisional Islam,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 May 2020
Eat Travel Mon, 15 Oct 2018

28 Foto Yang Menunjukkan Perbezaan Di Antara Makanan Biasa & Makanan Hipster

Kreatif betul orang yang mereka cipta hidangan-hidangan ini!

Trending Tue, 23 Nov 2021

“Asyik-Asyik Jadi Jahat Je” – Mahu Teroka Sisi Berbeza, Dynas Mokhtar Tak Kisah Bawa Watak Tua

Pelakon Dynas Mokhtar atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 38, mengakui dirinya mahu meneroka sisi berbeza dalam bidang lakonan. Sering membawakan watak antagonis, Dynas inginkan kelainan dan sanggup mencuba watak baharu bagi mempelbagaikan […]

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

AZWAN KOMBOS PILIH HARUM DALIA

Bagi pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, apa pun nama yang akan diberikan kepada bayi sulung mereka itu sudah semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Trending Wed, 17 Jun 2020

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Korang jangan lupa dapatkan juga k!

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Featured Tue, 12 Apr 2022

Tauke Jambu Dan 4 Individu Didakwa Miliki Dadah

Sebelum ini Tauke pernah didakwa terhadap kes yang sama namun…

error: Content is protected !!