Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 17, 2020 @ 11:24am

Lebih 21, 403 Pas Perjalanan Tanpa Had My30 Terjual

Genap 7 hari PKPP dilaksanakan, hari ini sebanyak 21, 403 pas perjalanan tanpa had MY30 terjual pada hari pertama pelancarannya.

Malah, ada pelanggan yang sanggup beratur seawal jam 6 pagi di kaunter khidmat pelanggan Rapid KL.

Bilangan ini dijangka akan meningkat

Sumber : Google

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi), Muhammad Nizam Alias berkata, pihaknya menjangkakan bilangan ini akan terus meningkat.

Ini kerana, pelanggan harian pasti tertarik kerana meraih lebih penjimatan menerusi pakej ‘super’ jimat ini khususnya yang belum pernah menggunakan pengangkutan awam sebagai inisiatif utama.

” Kerajaan prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat. Inisiatif ini juga diharap akan dapat membantu melonjak kembali jumlah pengguna pengangkutan awam seliaan Prasarana.

My30 buat semua warganegara Malaysia

Sumber : Google

Pakej ini terbuka kepada semua warganegara yang menggunakan perkhidmatan rel dan bas seliaan Prasarana di Lembah Klang sahaja.

Menerusi pakej ini pengguna hanya bayar RM1 sehari untuk menggunakan perkhidmatan awam tanpa had.

Masih belum terlambat kepada yang belum mohon!

Sumber : Google

Pengguna yang belum melanggan pakej My30 boleh berbuat demikian di semua 122 stesen transit aliran ringan (LRT), stesen Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Bus Rapid Transit (BRT) dan lima hab bas Rapid KL di Pasar Seni; Seksyen 2, Shah Alam; Greenwood; Terminal Kajang dan Sri Nilam dengan menggunakan MyKad dan MyTentera masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Oct 2022

[VIDEO] Dikritik Guna Daun Limau Dalam Resepi Nasi Lemak, Ramai Tampil ‘Back Up’ Khairul Aming

Kesian Khairul Aming, lepas satu.. satu kontroversi. Setiap orang kan ada cara masakan sendiri, apapun min suka pula tengok periuk tu

Featured Mon, 9 May 2022

Jualan Mencecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Selesa Naiki Kereta Bezza – “Bonet Luas, Legroom Luas, Minyak Jimat”

GTR, Mustang? Nope, Bezza it is! Jutawan low-profile sangat Khairul Aming nii. Kagum!

Hiburan Tue, 19 Aug 2025
Trending Tue, 12 Jan 2021

PKP 2.0: 5 Insentif Untuk Membantu Perniagaan Buat Peniaga Kecil

Jom tolong peniaga kecil kita untuk survive dalam musim PKP ni!

error: Content is protected !!