Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 20, 2025 @ 8:10pm

Ayda Jebat Terkejut Dapat Jemputan Duet Di Konsert Kumpulan Ungu – “Mereka Komen Di Instagram, Saya Ingatkan Main-Main”

Penyanyi dan pelakon cantik, Ayda Jebat tidak menyangka apabila dia mendapat jemputan untuk berduet dengan kumpulan popular Indonesia, Ungu.

Menurut pelantun lagu Temberang ini, Ungu menjemputnya untuk memeriahkan Konsert 29th Anniversary – Symphony of Ungu yang bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 Julai depan.

“Saya memang terkejut kerana kumpulan Ungu meninggalkan komen di salah sebuah hantaran Instagram untuk mengajak saya berduet. Saya ingatkan mereka hanya main-main, tetapi selepas itu saya dihubungi oleh pengurusan saya. Mereka maklumkan pihak pengurusan Ungu baru sahaja berhubung dengan pihak pengurusan saya untuk menjemput saya berduet.

“Mereka mahu mengajak saya berduet di konsert Ungu yang bakal berlangsung di KLCC pada Julai hadapan. Setakat ini, pihak pengurusan saya sudah berhubung dengan pihak pengurusan Ungu. Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya bakal menerima jemputan Ungu,” katanya ketika dihubungi XTRA.

Tambah penyanyi lagu Pencuri Hati ini, dia berbesar hati apabila dijemput oleh Ungu dan menganggap ia sebagai peluang keemasan.

“Saya sangat gembira kerana dijemput oleh Ungu. Saya sendiri merupakan peminat muzik mereka. Setakat ini, saya sudah bersetuju secara verbal dan perbincangan lanjut bakal diteruskan lagi selepas ini.

“Biarpun kini saya sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri Mandul Bukan Pilihan bersama Mira Filzah dan Hun Haqeem, saya tak mahu melepaskan peluang ini kerana bidang nyanyian merupakan cinta pertama saya,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Hiburan Sat, 24 Jan 2026

“Saya Tak Benci Awak & Tak ‘Backup’ Pembuli” – Janna Nick Mohon Maaf Kepada Puteri Balqis, Ajak Berjumpa Jernihkan Keadaan

Janna turut memohon maaf atas ciapannya sebelum ini yang dikatakan menjadi punca perbalahan antara dirinya dan Aqish tercetus

Featured Wed, 3 May 2023

Selepas Didakwa Sengaja Tayang Aset, Fiza Halim Tampil Bersuara – “Dah Lali Kena Kecam, Lebih Bersemangat!”

What doesn’t kill you makes you stronger bak kata Kelly Clarkson 🤪🤣😌

Trending Wed, 3 Oct 2018

Walaupun Berat Badan Isteri Hampir 100 Kg, Si Suami Kacak Tetap Sayangkannya

Cinta yang suci lahir dari hati, bukannya luaran semata-mata!

Hiburan Thu, 8 Aug 2024
Trending Thu, 3 Jan 2019

Tiada Saman Sehingga Jun Bagi Kesalahan Merokok Di Kedai Makan

KKM tidak akan mengeluarkan sebarang surat saman selama 6 bulan melainkan melanggar peraturan

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 27 Jan 2025
error: Content is protected !!