Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 27, 2025 @ 7:48pm

“Penyanyi Baru Perlu Banyak Buat Kajian” – Isu ‘Killer Song’, Amy Search Nasihat Jangan Terlalu Ikut Orang Lain

Penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search tampil memberi respons berhubung isu hangat yang menjadi perdebatan dalam kalangan penyanyi berkaitan kepentingan ‘killer song’ dalam perjalanan seni mereka.

Ketika ditemui XTRA, Amy atau nama sebenarnya, Datuk Haji Suhaimi Haji Abdul Rahman, 67, menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu perkara yang subjektif.

“Ada kalanya kita boleh jangkakan lagu mana boleh hits, tapi ada masanya tak boleh jangka. Jadi sebenarnya ia terlalu subjektif.

“Kadang-kala lagu pertama memang boom tapi lagu seterusnya tak tahu lagi macam mana. Mungkin mereka dalam keadaan bahaya.

“Penyanyi baru perlukan ‘killer song’ kerana sesebuah lagu popular itu yang akan memperkenalkan mereka dalam arena seni,” katanya.

Amy berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagi popular Isabella ini menambah setiap penyanyi sebaliknya perlu bereksperimentasi dan meneroka genre yang sesuai dengan mereka.

“Mereka kena tahu material yang sesuai dengan karya mereka untuk hasilkan lagu. Perlu banyak mendengar dan buat kajian sehingga mereka jumpa genre utama.

“Perkara itu akan jadi masalah lebih-lebih lagi apabila penyanyi itu nak buat album atau mengharapkan lagu baru akan lebih hit. Kalau lagu kedua misal kata tak hit, perjalanan seni dia akan menurun.

“Jadi dia kena tahu cita rasa sendiri, cukup material untuk bertahan dalam industri, ada lagu popular tapi genre macam mana yang akhirnya ‘keluarkan’ diri sendiri.

“Jangan terlalu ikut cakap orang, tetapi lebih kepada apa penyanyi itu sendiri rasakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amy bakal menjayakan konsert solo pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.

Konsert ini dibawakan secara eksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia.

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual bermula 5 Februari 2025 di www.wowtix.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Dec 2025

“Alhamdulillah, Usia 47 Tahun Baru Pertama Kali Sampai Ke Sana” – Rezeki Lepas Pulang Umrah, Datuk Red Tak Menang Tangan Layan Peminat

“Saya dah simpan hasrat, saya mahu berjanji pada diri, balik nanti saya akan selesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan” – Datuk Red

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Namun, Sherry kini kelihatan jarang sekali membintangi drama mahupun filem di kaca televisyen. Adakah kerana dia tidak laku? Ataupun dia membawa diri kerana merajuk dengan kisah cinta yang tidak berkesudahan?

Hiburan Thu, 7 Dec 2023

Misi Membantu Calon SPM Ubah Gred G Kepada A

Makin ramailah bilangan calon SPM dapat A selepas ni!

Hiburan Thu, 2 May 2019

Tangan besi, Penyanyi ‘Black’ tetap bertenaga

Pembedahan memasukkan besi ke dalam tangan kirinya yang patah tidak menghalang Black Hanifah, meneruskan kerjaya seni seperti biasa.

Trending Wed, 19 Jun 2024

Nelydia Senrose Tanggal Hijab?

Doakan yang baik-baik je

Hiburan Sat, 6 Apr 2024
Hiburan Mon, 14 Apr 2025
error: Content is protected !!