Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 25, 2019 @ 12:24pm

Shukri Yahaya Seronok Jadi Pelumba ‘Halal’

Pelakon Shukri Yahya mengaku semakin selesa menjadi pelumba ‘halal’ selepas dua musim menyertai Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Akui pelakon drama Andainya Takdir 2 ini, banyak perkara dan selok belok tentang kereta dipelajarinya sepanjang menyertai festival yang dianjurkan oleh Toyota.

“ Saya masih ingat di awal penyertaan, berdebarlah juga. Maklumlah, saya perlu berlumba dengan pelumba profesional. Bukan hanya di kalangan selebriti sahaja.

“ Dua musim bersama mereka, saya belajar bagaimana mengawal kereta ketika memandu dengan laju. Kuncinya adalah tenang dan sabar. Jika tak sabar, bahaya mungkin menanti,” katanya kepada XTRA.

 Akui bapa satu anak ini, dia turut berpeluang menimba pengalaman menyertai kelas berlumba sejak musim pertama festival itu dianjurkan lagi.

“ Saya dan rakan artis lain diajar tentang keselamatan diri ketika di litar. Malah cara untuk mengemudi kereta dengan tepat memandangkan memandu di litar berbeza dengan pemanduan di jalan biasa. Saya seronok berlumba tapi biarlah perlumbaan yang ‘halal’,” katanya.

Selain Shukri, festival perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) ini turut menampilkan lapan selebriti terkenal termasuk Janna Nick, Wany Hasrita, Khai Bahar, Diana Danielle dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Nov 2025
Hiburan Thu, 24 Jul 2025

“Bukan Niat Nak Elak, Tapi…” – Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Kaka Azraff

Perkahwinan Kaka Azraff dan Adam Azriff didakwa kembali bergolak.

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Thu, 26 Jun 2025
error: Content is protected !!