Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 26, 2025 @ 5:49pm

Hazama Sedia Tunggu 10 Tahun Demi Konsert Solo – “Lagu Perlu ‘Masak’ & Sentuh Jiwa Pendengar”

Penyanyi popular, Hazama mengakui belum bersedia untuk menganjurkan konsert solo kerana merasakan belum sampai waktunya untuk berdiri megah di pentas besar dengan sepenuhnya membawakan karya sendiri.

Hazama, 40, berkata, dia lebih selesa menunggu masa yang sesuai apabila lagu-lagunya benar-benar memberi kesan mendalam kepada peminat, selain memiliki nilai nostalgia yang kuat.

“Buat masa sekarang, saya tak terfikir langsung nak buat konsert. Saya rasa yang patut buat konsert adalah artis seperti Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Spider dan beberapa nama besar lain yang sudah cukup matang dari segi karya dan pengalaman pentas.

“Kalau sebut Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Awie, Wings, Search, Datuk M Nasir, mereka memang berada di tahap yang lain. mereka ikon. Saya belum sampai ke tahap itu,” katanya.

Hazama berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul ‘Aku Bukan Narsisis’ yang berlangsung di ibu kota, Selasa lalu.

Jelasnya lagi, biarpun sudah memiliki lebih 30 lagu, dia tidak mahu terburu-buru kerana ingin memastikan setiap karya yang dibawa mampu mencetuskan rasa dalam kalangan peminat.

“Saya nak semua lagu saya ada kenangan tersendiri untuk pendengar. Jadi bila saya nyanyi lagu itu atas pentas, mereka dapat ‘flashback’ kenangan silam. Lagu bukan sekadar hiburan, tapi juga satu perjalanan emosi.

“Saya masih perlu masa untuk pastikan semua lagu saya cukup kuat. Lagu-lagu ini perlu ‘masak’ dulu sebelum dibawa ke konsert,” katanya.

Menurut Hazama kejayaan sesebuah konsert bukan hanya terletak pada jumlah lagu atau populariti, tetapi pengalaman dan emosi yang dibawa kepada penonton.

“Kalau setakat nak dengar lagu, kita boleh buka Spotify. Tapi rasa nostalgia waktu tengok persembahan secara langsung itu yang akan buat penonton ingat sampai bila-bila.

“Mungkin dalam 10 tahun akan datang, bila saya rasa sudah benar-benar bersedia, baru saya akan fikirkan soal konsert solo,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Hazama kini kembali dengan sisi berbeza menerusi single terbarunya ‘Aku Bukan Narsisis’ sebuah karya yang penuh luka, jujur dan menyentuh jiwa.

Lagu ciptaan komposer prolifik, Farouk Roman ini menjadi lebih peribadi apabila Hazama sendiri menulis liriknya bersama Zel Hadauan, menjadikan ia luahan hati yang dekat dengan realiti dan pengalaman sebenar lelaki yang berperang dengan emosi.

Artikel Berkaitan: Hazama Luah Jeritan Hati Lelaki Dalam ‘Aku Bukan Narsisis’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Enggan Menipu, Anna Jobling Utamakan Kejujuran

Anna Jobling menjadi pilihan pelbagai jenama.

Events Mon, 17 Mar 2025

Selesa Jalani Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal, Adira Suhaimi Nafi Bakal Rujuk Dengan Datuk Red – “Ada Jodoh Adalah, Tak Ada Pun Tak Apa”

Adira Suhaimi menolak dakwaan kononnya dia bakal rujuk semula dengan bekas suaminya, Datuk Red selepas Aidilfitri ini.

Trending Wed, 12 Jun 2019

Selepas Azwan Ali, Giliran Ummi Hafilda Komen Video ‘Panas’ Lelaki Mirip Azmin Ali

Sepanjang Ramadan tiap solat aku mengangkat tangan datang lah kebenaran siapakah dua durjana ini yg tidak layak memimpin negara.

Hiburan Tue, 2 Jan 2018

Tahniah pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira 

Tahniah buat pasangan Azad Jasmin dan Eira Syazira di atas kelahiran seorang lagi puteri yang ketiga

Hiburan Mon, 25 May 2026

Memecah Sunyi Selepas Lebih Sedekad, Disagree Kembali Dengan Let’s Do It All Again

Kemunculan semula kumpulan yang dianggotai Zahid, Hamka dan Taa itu sekali gus mengubat kerinduan peminat yang sekian lama menantikan karya baharu daripada antara nama penting dalam arena alternatif rock Malaysia sekitar awal 2000-an.

Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Scha Elinnea Luka & Lebam Demi ‘Anak-Anak Mafia’

Scha Elinnea tak serik berlakon babak aksi

error: Content is protected !!