Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2026 @ 7:07pm

Memecah Sunyi Selepas Lebih Sedekad, Disagree Kembali Dengan Let’s Do It All Again

Selepas lebih sedekad menyepi daripada dunia muzik, kumpulan alternatif rock tempatan Disagree akhirnya kembali dengan single baharu berjudul Let’s Do It All Again yang dilancarkan pada 15 Mei lalu.

Kemunculan semula kumpulan yang dianggotai Zahid, Hamka dan Taa itu sekali gus mengubat kerinduan peminat yang sekian lama menantikan karya baharu daripada antara nama penting dalam arena alternatif rock Malaysia sekitar awal 2000-an.

Menurut Disagree, keputusan untuk kembali bukan sekadar didorong nostalgia, tetapi kerana masih ada kisah yang belum benar-benar selesai antara mereka dan para peminat.

“Kami rasa seperti tidak sempat mengucapkan selamat tinggal sebelum ini. Kehidupan membawa kami ke arah berbeza dan pada satu ketika, ada sesuatu yang kami tinggalkan tanpa penutup yang jelas,” kata kumpulan itu.

Selepas bertahun-tahun membawa haluan masing-masing kerana komitmen keluarga, kerjaya dan perubahan kehidupan, Disagree akhirnya memilih untuk kembali menyambung perjalanan muzik mereka yang pernah tertangguh.

Single Let’s Do It All Again menjadi pembuka kepada album penuh terbaharu mereka berjudul Black & White in Colour yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi.

Lagu tersebut membawa tema kepulangan, penyesalan dan penghargaan selain menggambarkan perjalanan sebuah kumpulan yang pernah berada di puncak sebelum perlahan-lahan menghilang tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada peminat.

Pada masa sama, lagu itu juga hadir sebagai simbol permohonan maaf dan usaha untuk kembali menjalin hubungan dengan peminat yang tidak pernah melupakan mereka selama ini.

Dirakam di Malaysia dan Australia, lagu tersebut diterbitkan serta diadun oleh pemenang pelbagai anugerah AIM, Greg Henderson sebelum melalui proses mastering oleh pemenang Grammy, Leon Zervos di Studios 301, Australia.

Disagree pernah mencipta pengaruh besar dalam arena indie progressive rock tempatan menerusi lagu-lagu seperti Crumbs, Suicide Note, Scarecrow Adams, Osaka dan Haley selain pernah tampil di festival Rock The World dan membuka persembahan untuk kumpulan antarabangsa seperti Hoobastank serta The All-American Rejects.

Sepanjang perjalanan seni mereka, Disagree turut pernah meraih pelbagai pengiktirafan termasuk tiga kemenangan di Anugerah Industri Muzik serta pengiktirafan sebagai album paling pantas terjual oleh Universal Music Malaysia pada tahun 2005.

Kini, Disagree kembali dengan perspektif yang lebih matang, menjadikan muzik sebagai medium untuk kembali berhubung dengan peminat dan bukan sekadar kembali ke pentas semata-mata.

“Kami masih kumpulan yang sama di hati, cuma sekarang lebih matang dan lebih menghargai perjalanan ini berbanding dahulu,” kata mereka.

Album Black & White in Colour pula bakal membawa pelbagai tema berkaitan patah hati, trauma, hubungan semula, kepercayaan dan perjalanan hidup yang banyak membentuk mereka sepanjang tempoh menyepi daripada industri muzik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2025

Rumah Bersepah Seperti Hutan, Barang Bertimbun Angkara Princess Suzie, Pemilik Dakwa Rugi RM33,000!

Princess Suzie didakwa tak bayar sewa, rumah sewa bertimbun seperti hutan

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

“I Really Don’t Care Anymore”, Liam Hemsworth Claims to Had Enough of Miley Cyrus

Their breakup is shocking, but Liam’s take on their split is even more shocking!

Trending Fri, 23 Nov 2018

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Ini adalah menurut bancian yang dilakukan oleh Cambridge Assessment International Education.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019
Featured Tue, 22 Oct 2024

Neelofa Mengaku Masih Belajar, Tak Layak Kongsi Tips Rumah Tangga – “Rahsia Rumah Tangga Sudah Pasti Ada Susah Senangnya”

“Selagi seorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan”- Neelofa

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Featured Thu, 26 Jun 2025

Batas Senja & Hannah Delisha Jalin Kolaborasi Hasilkan Versi Sinematik ‘Nanti Kita Seperti Ini’

Versi sinematik ini menampilkan susunan muzik baharu dengan elemen orkestra mega.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

error: Content is protected !!