Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops November 23, 2018 @ 11:00am

Guru-Guru Di Malaysia Adalah Antara Guru Yang Paling Berdedikasi Di Dunia!

Jangan mempersiakan pengorbanan yang guru-guru anda telah lakukan, okay?

Nak tahu kenapa? Para guru di Malaysia adalah antara guru-guru yang paling berdedikasi di dunia dalam memastikan pelajar-pelajar mereka mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Ini bukan statement tipu-tipu! Ini adalah maklumat yang telah didapati dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Cambridge Assessment International Education (Cambridge International).

Ia juga mendapati bahawa 70% daripada guru-guru di Malaysia merasakan yang mengajar merupakan kerjaya yang memberi ganjaran. Wah!

Bancian Global Education Census adalah kajian antarabangsa menyeluruh pertama yang menunjukkan keadaan seharian di sekolah-sekolah di serata dunia pada masa kini untuk golongan pelajar berumur 12 ke 19 tahun dan guru-guru mereka.

Sejumlah 477 orang pelajar dan 634 guru telah mengambil bahagian dalam bancian ini di Malaysia.

Foto: The Malaysian Times

Malaysia juga merekodkan jumlah peratus tertinggi bagi guru yang melaburkan masa lebih untuk memastikan pelajar mereka faham tentang kepentingan dalam lulus peperiksaan dengan cemerlang.

Bancian ini menunjukkan guru Malaysia sangat fokus dalam membantu pelajar mereka mendapatkan gred yang bagus.

Supaya para pelajar ini berjaya mencapai cita-cita mereka, 75% daripada guru-guru yang menyertai bancian ini berkata mereka telah mengadakan kelas tambahan. Jumlah ini adalah tertinggi antara semua negara yang dibanci.

Apabila ditanya bagaimana mereka mengukur prestasi mereka sebagai guru, 84% daripada guru Malaysia berkata mereka menilai keputusan peperiksaan pelajar-pelajar mereka sebagai bukti.

40% guru pula berkata mereka mengukur prestasi mereka dengan jumlah pelajar yang berjaya mencapai impian mereka dengan melanjutkan pelajaran.

Foto: NSTP/Essa Abu Yamin

Sekolah di Malaysia pula mendapat tempat tertinggi kerana menawarkan nasihat kerjaya kepada pelajar, dan secara tak langsung menggalakkan mereka untuk mencapai aspirasi kejayaan mereka.

70% daripada guru Malaysia yang dibanci berkata, sekolah mereka menawarkan perkhidmatan kerjaya dan kaunseling kepada pelajar – lebih tinggi daripada semua negara yang dibanci.

Bancian ini menfokus kepada 10 negara – Argentina, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Ia telah bertanyakan pendapat daripada hampir 20,000 guru dan pelajar tentang topik-topik seperti latihan dalam kelas yang terbaik, kepentingan kelas tambahan, aktiviti kurikulum, penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan motivasi bagi guru dan pelajar.

Foto: NSTP/Rasul Azli Samad

Pengarah rantau Asia Tenggara & Pasifik bagi Cambridge Assessment International Education, Dr Ben Schmidt berkata, “Untuk membantu hampir 1 juta pelajar di seluruh dunia yang menyertai program Cambridge bersiap sedia untuk masa depan mereka, kami ingin memahami bagaimana rupa pendidikan di seluruh dunia pada hari ini.

“Kami ingin memahami bukan saja apa yang pelajar belajar tapi bagaimana dan dalam konteks apa.

“Kami berharap menerusi bancian ini, pendidik di Malaysia akan terus berdedikasi dan bersemangat bukan saja dalam mengajar tapi menyampaikan pengetahuan dan skil penting supaya pelajar berjaya dalam akademik dan dalam menjadi orang-orang yang sedia menghadapi dunia.”

Cayalah, cikgu-cikgu semua!

Sumber: New Straits Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Wany Hasrita Berserah Jika Rumah Tangga Diuji Dengan Isu Curang – “Jaga Sebaik Mana Pun Kalau Dia Nak Buat Jadi Juga”

Apa pun, Min doakan rumah tangga Wany dan suami sentiasa dilindungi olehNya ❤️

Featured Mon, 12 Sep 2022

Terpaling Juara: Ifa Raziah Tersingkir, Hazami Bangkit Rangkul RM5,000… Ini Recap Konsert Keempat!

Ifa Raziah peserta pertama tersingkir di minggu keempat. Tak sabar konsert kelima dimana semua peserta akan bawa lagu luar daripada genre mereka! #TerpalingJuara #Playlist AJL

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2023

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Perkembangan terkini kes pembunuhan Along Spoon sekitar tahun 1999

Featured Sat, 23 Jul 2022
Trending Mon, 4 May 2020

[Terkini] Kita Belum ‘Raya’ PKPB Masih Ada

Marilah kita galas tanggungjawab ini bersama-sama!

Hiburan Mon, 23 Sep 2024
error: Content is protected !!