Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 11, 2021 @ 12:34pm

Bermula Esok Pergerakan Rentas Negeri Bakal Diperketatkan – PDRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan seramai 36,000 pegawai dan anggota yang ditugaskan dalam sekatan jalan raya telahpun diarahkan untuk mengenal pasti sebarang kesalahan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan terutamanya kepada mereka yang bergerak tanpa kebenaran.

 

Ianya bagi mengesan individu yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan melakukan pergerakan tanpa kebenaran.

 

“Bermula esok, saya sudah memberikan arahan tegas kepada semua pegawai dan anggota di lapangan di setiap sekatan jalan raya rentas negeri. Tumpuan terhadap kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran. Hanya mereka yang mempunyai kebenaran saja dibenarkan untuk melakukan pergerakan rentas negeri”

Rakyat jangan ambil mudah!

 

Kredit gambar: Harian Metro

 

Beliau berharap rakyat tidak mengambil ringan SOP dan bahaya Covid-19 walaupun jumlah kes dilaporkan semakin menurun.

 

Selain itu, nilai kompaun bagi kesalahan melanggar SOP juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM10,000 bermula hari ini.

 

Terdahulu,  sebanyak 260 sekatan jalan raya diwujudkan di seluruh negara terutama di laluan keluar dan masuk setiap negeri. Manakala, seramai 36,000 pegawai dan anggota polis dikerahkan untuk pemeriksaan terhadap pematuhan SOP, sekatan jalan raya dan Operasi Benteng.

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 26 Aug 2019

Safiey Ilias Nekad Buang Silikon Lagi?

Apapun, doakan yang terbaik!

Events Sat, 12 Apr 2025
Trending Tue, 19 Jan 2021

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Nana & Nubhan muncul dengan lagu duet baharu!

Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Featured Fri, 15 Nov 2024
error: Content is protected !!