Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 26, 2025 @ 5:17pm

Batas Senja & Hannah Delisha Jalin Kolaborasi Hasilkan Versi Sinematik ‘Nanti Kita Seperti Ini’

Penyanyi dan pelakon terkenal, Hannah Delisha, bergabung dengan kumpulan pop-folk popular Indonesia, Batas Senja dalam kolaborasi versi terbaharu lagu viral mereka, ‘Nanti Kita Seperti Ini’ dalam versi sinematik (Cinematic Version).

Lagu viral berjudul ‘Nanti Kita Seperti Ini’ adalah sebuah interpretasi semula yang lebih emosional dan mendalam daripada lagu asal yang telah mengumpul 340 juta strim di Spotify dan lebih 79 juta tontonan di YouTube.

Versi sinematik ini menampilkan susunan muzik baharu dengan elemen orkestra mega, menambahkan nuansa dramatik yang menyentuh emosi.

Dengan gabungan vokal Hannah yang lembut dan ekspresif bersama vokalis Batas Senja, Reza Lukita Apriadi (Masitong), lagu ini akhirnya diangkat menjadi lebih syahdu dan penuh jiwa.

“Lagu ini ditulis daripada pengalaman peribadi saya sendiri, ketika hidup susah dan hanya berpegang pada harapan untuk memiliki rumah dan kehidupan yang lebih baik,” kata vokalis itu.

Gabungan Suara & Jiwa Yang Serasi

Berkongsi lanjut, Masitong menjelaskan dia tertarik dengan vokal merdu dan penyampain yang jujur Hannah.

Kolaborasi ini akhirnya tercetus apabila Masitong menemui video TikTok Hannah menyanyikan lagu berkenaan.

“Saya tahu dari saat itu, Hannah ialah pilihan yang tepat. Dia bukan hanya bersuara indah, tetapi sangat menyelami maksud lagu ini,” jelasnya.

Manakala, Hannah pula meluahkan rasa syukur dapat bekerjasama dengan kumpulan yang karyanya amat dekat di hatinya.

“Lagu ini bukan sekadar sedap didengar, tapi ia buat saya fikir tentang momen-momen kecil yang selalu kita terlepas dalam perhubungan.

“Ia bukan lagu tentang patah hati, tapi tentang menghargai dan itu yang menyentuh saya,” jelasnya.

@hannahdelishaofficial Siapa tahu lagu ni? Love this song🥹 @Batas Senja 👕: @DELICIA Official ♬ Nanti kita Seperti Ini – Batas Senja

Proses rakaman amat singkat

Menariknya, proses rakaman dan penghasilan lagu dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dengan rakaman vokal dilakukan secara berasingan, diikuti penggambaran muzik video di Lampung, Indonesia dan mengambil masa hanya beberapa hari selepas sesi rakaman Hannah.

“Prosesnya cepat tapi sangat harmoni. Mereka sangat profesional dan senang diajak bekerjasama. Suara saya dan Masitong juga saling melengkapi,” kongsinya.

Menurut Masitong pula, proses susunan muzik turut melibatkan ramai pemuzik profesional, dan melalui pelbagai eksplorasi muzik untuk mencipta versi yang dianggap sebagai karya kemuncak (masterpiece) Batas Senja setakat ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Hiburan Thu, 3 May 2018

Blake Lively Unfollows Ryan Reynolds on Instagram

Is this just a little lover’s spat or did something big happen?

Hiburan Wed, 1 May 2019

Persiapan Raya, Aiman Tino Bawa 1200 Balang Kuih Ke Brunei

Siapa nak rasa kuih raya Aiman? Jom ke Brunei Ramadan nanti!

Trending Thu, 25 Oct 2018

Lelaki Mati Dipatuk Ular Kapak Angkara Lambat Bawa Ke Hospital

Ular itu mematuk belakang kakinya dan tidak mahu melepaskan gigitan tersebut.

Filem Mon, 9 Oct 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2024

Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Tampil Beri Nasihat – “Tak Ada Masalah Tapi…”

‘Mereka bebas untuk buat content apa saja tapi kena bagi manfaat’ – Ucop

Featured Sat, 27 Sep 2025
Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di […]

error: Content is protected !!