Euforia Bola 2026
Filem By: Khairil Khusyairi October 9, 2023 @ 6:30pm

Kutukan Sembilan Setan Bongkar Kisah Seram Gunung Bromo

Umum mengetahui, Gunung Bromo merupakan antara salah satu gunung berapi yang masih aktif yang terletak di Jawa Timur, Indonesia.

Oleh yang demikian, ia menjadi lokasi pilihan buat mereka yang gemarkan aktivivi mendaki gunung, termasuk pendaki dari luar negara.

Biarpun ia merupakan sebuah gunung yang popular, ternyata tetap berlaku kejadian-kejadian aneh dan menyeramkan yang dilalui oleh segelintir pendaki.

Menyedari hal itu, ia telah memberi ilham buat syarikat produksi Indonesia, PIM Pictures untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Kutukan Sembilan Setan.

Penerbitnya, Agustinus Sitorus berkata, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem berkenaan setelah mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga orang rakannya yang mengalami kejadian aneh dan seram ketika mendaki gunung Bromo.

“Apabila diceritakan pengalaman tersebut, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem Kutukan Sembilan Setan.

“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini telah diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi kepada kejadian yang dialami sekumpulan remaja tersebut,” ujarnya.

Kutukan Sembilan Setan

Sementara itu, Arie Aziz selaku pengarah pula memberitahu bahawa Kutukan Sembilan Setan bukan sekadar filem seram semata-mata.

Ujarnya, filem terbaharu arahannya itu cuba untuk menjadi sebuah filem seram yang lebih variasi serta berbeza dengan filem seram yang pernah dihasilkan.

“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen-elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahan gunung Bromo itu sendiri.

“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satu sama lain. Cuma kami berhadapan cabaran apabila keadaan cuaca yang tidak menentu,” ujarnya.

Kutukan Sembilan Setan mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko yang merancang percutian di sebuah kawasan di gunung Bromo serta menyewa sebuah Villa selama lima hari.

Bagaimanapun, setibanya mereka di situ ternyata keadaan Villa berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan di internet ketika mereka membuat tempahan.

Kutukan Sembilan Setan

Selain Villa tersebut yang kelihatan aneh dah menyeramkan, mereka sudah diganggu beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di Villa berkenaan.

Kutukan Sembilan Setan akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Oktober 2023.

Kutukan Sembilan Setan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova, Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

Muatnaik Sebab Teruja, Neelofa Janji Tak Buat Lagi!

Neelofa akui tindakan itu dibuat kerana teruja dengan filem itu!

Hiburan Sat, 4 Jan 2020

「萨克斯风演奏家」肯尼基216再度吹响云顶!

相隔15个月国际「萨克斯风演奏家」肯尼·基将重返大马舞台,于2月16日吹响云顶云星剧场!

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Trending Thu, 2 Aug 2018
Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Jalan-Jalan Makan Angin Gabung Tiga Produksi, Pamer Tarikan Di Jepun

Kepada korang yang nak tahu tempat-tempat menarik di negara matahari terbit ni bolehlah tengok JJMA nanti ya!

Trending Thu, 8 Nov 2018

Sinead O’Conner Peluk Islam Demi Kebaikan. Alhamdulillah Dan Tahniah!

Sinead O’Conner menemukan ketenangan setelah mengenali agama suci ini.

error: Content is protected !!