Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 11, 2019 @ 3:09pm

Remy Ishak Ajak Dato’ Jamal Abdillah Berduet?

Comel sungguh gelagat pelakon popular, Remy Ishak apabila dia  terserempak dengan idolanya, Dato’ Jamal Abdillah sewaktu dalam perjalanan untuk ditemubual dan mempromosi filem terbarunya, Dendam Pontianak. Sempat berswafoto dengan penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu, Remy tidak dapat menahan rasa terujanya apabila dia berkongsi gambar tersebut di laman instagramnya. 

 

“Idola sepanjang zaman! Terserempak denga Dato’ Jamal Abdillah waktu nak ke interview dan promosi @dendam_pontianak di MHI @tv3malaysia dan @koolfm.my pagi tadi.  Terharu sungguh saya bila idola ni jerit panggil nama saya dari jauh! “REMY…!!! SANGKAR!!”  – laung beliau dari jauh! perghhh!!” tulisnya.

 

Tak kira tahap populariti kita tu macam mana, tapi kalau dah terjumpa idola tu mesti rasa macam budak kecil kan? Lebih-lebih lagi apabila penyanyi yang juga terkenal melalui filem lakonannya Azura suatu ketika dahulu yang mula-mula menegurnya! Remy juga sempat berseloroh dan mengajak Dato’ Jamal Abdillah berduet dengannya suatu hari nanti kerana menurutnya suara mereka ‘sebijik’ bila menyanyi.

 

“Terima kasih Dato’ sebab perasan kehadiran saya dalam dunia seni ni.. saya membesar dengan lagu-lagu nyanyian Dato’ sejak kecil, suara saya pun sebijik macam Dato’ kalau saya menyanyi, agak-agak boleh tak kita berduet satu hari nanti Dato”ujarnya lagi sambil berseloroh. 

 

 

Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen di entri instagram Remy Ishak.

 

Betul ke ‘sebijik’? Apa kata Remy dan Dato’ Jamal betul-betul berduet satu hari nanti? Peminat-peminat pun mesti tak sabar nak dengar gandingan dua bintang hebat ini kalau ajakan Remy menjadi kenyataan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Jom Membeli-Belah Di Anggun Life Pada 8 & 9 Disember Ini!

Lepasni bolehlah shopping sakan kat Anggun Life

Featured Wed, 9 Aug 2023
Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Dukes Luah Luka Terpendam Dalam ‘Bila Kau Datang Menangis’

Dukes berkata proses merakam lagu ini tidak mudah kerana ia menuntut sepenuh komitmen dari emosi.

TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] Neelofa Kongsi Pesanan Tentang Persiapan Diri Sebelum Berkahwin – “Dalami Ilmu Rumah Tangga & Ikut Saranan Agama, Maka Percayalah….”

Deepnyaaaa 🥲🥲 Keberkatan dalam perkahwinan tak semua dapat kan 😣 Buat yang bakal berkahwin, boleh la bersiap sedia dan dengar pesanan Lofa ni ☺️☺️

error: Content is protected !!