Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 15, 2024 @ 7:34pm

Bergerak Sendiri, Kaka Azraff Berjumpa Menteri Komunikasi Minta Sokongan – “Anak Seni Perlu Tahu…”

Penyanyi Kaka Azraff mendapatkan nasihat dengan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tentang hala tuju karier muziknya selepas ini yang tidak bernaung dengan mana-mana syarikat rakaman.

Memetik laporan Berita Harian, Kaka atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, 35, memberitahu perjumpaan tersebut juga untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi.

“Pertemuan itu bertujuan mendapatkan nasihat. Saya dapati badan kerajaan ini sebenarnya sangat besar dan boleh meningkatkan semangat saya dalam karier muzik ini.

“Negara kita tiada akta khusus mengenai muzik. Namun, kerajaan ambil berat mengenai anak-anak seni. Saya bersyukur dan gembira sebab tahu saya tidak keseorangan.

“Menteri cuma mahu dengar daripada saya atas apa yang terjadi. Saya juga maklumkan apa yang saya perlu lakukan untuk karier saya selepas ini dengan mendapat sokongan kerajaan,” katanya.

Pertemuan bersama Fahmi merupakan susulan daripada isu penamatan kontrak Kaka dengan Warner Music Malaysia pada 1 Disember lalu gara-gara didakwa lantang bersuara mengenai penindasan Israel terhadap Palestin.

Sementara itu, Kaka mengharapkan pertemuan bersama Fahmi dapat membuka jalan baru kepadanya.

“Untuk tahun ini saya lebih memikirkan mengenai perancangan yang perlu dilakukan. Saya sudah bergerak sendiri sebagai penyanyi tanpa terikat dengan mana-mana label atau syarikat rakaman.

“Itu memerlukan keyakinan tinggi untuk saya bergerak sendiri. Jadi, apabila bertemu badan kerajaan, banyak yang mereka boleh bantu.

“Sebenarnya, anak seni patut tahu, kita ada kerajaan yang boleh membantu, bukan syarikat rakaman sahaja,” ujarnya.

Terdahulu, kemelut antara Kaka dan syarikat rakaman tercetus apabila penyanyi itu meninggalkan mesej berbaur kecaman kepada pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic di Instagram.

Disebabkan mesej tersebut, nama Kaka telah disenaraikan sebagai anti-semitik di bawah nama Jew Hate Database.

Difahamkan, kontrak Kaka dan Warner Music Malaysia ditamatkan walaupun sepatutnya berakhir, April depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Oct 2025

Konsert Spider Unplugged Tetap Diteruskan Walau Berdepan ‘Lockdown’

Konsert Spider Unplugged yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Oktober ini tetap on!

Events Tue, 2 Aug 2022

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Wow! Betul ke Johan dibayar RM500K sebulan? 😮 Apapun welcome to Hot FM Johan, confirm letopss gandingan trio ni kan 😍

Trending Tue, 14 May 2019

Suami Kongsi Kisah Bila Si Isteri Kena ‘Try’ Dalam Pesawat Air Asia

Untuk jejaka itu, kalau anda sedang membaca artikel ini, kami doakan anda bertemu jodoh dalam masa terdekat.

Hiburan Mon, 18 Nov 2019

陶晶莹直呼:演唱会前有彩蛋!新歌单追加7首曲目宠粉

出道29年的陶晶莹(陶子)来马来西亚举办大型售票「陶晶莹的1999年演唱会」,消息公开后再加上她本人亲自来马宣传为演唱会「助攻」,粉丝狂扫票。

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Rakan Dedah Perubahan ‘Pelik’ Mel B Selepas Cerai

engambilan arak untuk melupakan masalah mungkin difikirkan mampu melupakan masalah, tetapi Mel B perlu tahu rakan-rakannya cukup risau dengan keadaan wanita itu.

Hiburan Tue, 23 Jul 2019
error: Content is protected !!