Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari August 2, 2022 @ 5:19pm

Ambil Cabaran Naikkan ‘Rating’ Hot FM, Johan Jawab Spekulasi Dapat Bayaran RM500,000 Sebulan

Pelawak dan penyampai radio, Johan tampil ke udara di stesen radio Hot FM yang mengendalikan segmen Bekpes Hot HaHaHa-Ngat bersama Fara Fauzana dan AG bermula hari ini.

Setelah tamat tempoh kontrak bersama stesen radio lain, Johan memaklumkan bahawa dia menerima tawaran daripada Hot FM kerana inginkan cabaran dan tidak mahu berada di zon selesa.

Penerimaan tawaran ini merupakan satu tanggungjawab berat yang perlu dipikul kerana dia ingin menaikkan ‘rating’ Hot FM menjadi stesen radio nombor satu di Malaysia.

“Bila saya buat satu benda dah selesa, apa kata ambil cabaran di luar kotak dan kebiasaan, di luar kelaziman apa yang sudah buat. Bila saya datang ke sini bukan nak kekalkan, saya ambil cabaran ini sejujurnya bukannya stesen nombor satu, tapi ambil cabaran ini untuk membantu menaikkan ‘rating’ stesen radio ini.

“Memang tanggungjawab besar. Dalam perkara ini, dua saja, kalau berjaya mampu, kalau tak ‘mampus’. Sebab satu, saya akan gunakan segala pengalaman yang ada tak semua orang berani tanggung dan jawab, tapi saya ambil tanggungjawab dan cabaran dan saya datang sini supaya dapat naik taraf stesen radio ini, kalau nak kekalkan tak perlu panggil saya,” katanya kepada XTRA.

Ditanya mengenai bayaran ditawarkan yang didakwa mencecah RM500,000 merupakan faktor dia menerima tawaran untuk berkhidmat di Hot FM, Johan dengan jujurnya memberi respons dengan menyatakan dia bekerja demi duit bagi menyara keluarganya.

“Soal bayaran, saya ‘no comment’. Tapi, saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkuburan saja. Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya,” jelasnya.

Sementara itu, dia turut menegaskan bahawa pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki dalam bidang ini dapat membantunya untuk membawa perubahan kepada Hot FM ketika ditemui sesi santai Jom Bekpes Bersama Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama, pagi ini.

Walaubagaimanapun, Johan turut memaklumkan bahawa pada mulanya dia merancang untuk berehat selepas tamat kontrak pada 30 Jun lalu kerana ingin memberi tumpuan lebih terhadap anak-anak dan perniagaannya.

Namun, setelah menerima tawaran daripada Hot FM yang mana turut mempunyai hubungan yang baik bersama Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran, dia menerima untuk bekerja dengan Hot FM.

Untuk makluman, kontrak Johan bersama stesen radio lama telah tamat pada 30 Jun lalu setelah berkhidmat selama 11 tahun dalam segmen pagi.

Kini, Johan menceriakan pagi pendengar pada setiap Isnin hingga Jumaat dalam segmen Bekpes Hot HaHaHa-Ngat yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 hingga 10 pagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 27 Mar 2020

[VIRAL] Lelaki Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasaraya Ditangkap Polis

Di saat masyarakat dunia sedang khuatir memikirkan virus Corona yang melanda dunia ketika ini, seorang lelaki bertindak melakukan perbuatan jijik dengan menjilat barangan peribadi (toiletries) di sebuah pasaraya di Missouri beberapa hari yang lalu.  Walaubagaimanapun […]

Featured Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Featured Wed, 20 Dec 2023

Kongsi Foto Tayang Peha, Netizen Tegur Penampilan Intan Najuwa

Korang pun laju je mata nak tengok benda tu ek😅

Featured Wed, 24 Dec 2025

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

Aaron menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

Hiburan Sat, 12 May 2018

Kendall Jenner Dikecam?

Kendall turut berkongsikan gambarnya itu di laman Instagram beserta kapsyen, ‘Opps’ kepada lebih 90 juta pengikutnya.

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH Ke-32 Milik Siapa Agaknya?

 Mampukah penyanyi lagu ‘Terlalu Memuja’ , Wany Hasrita mempertahankan trofi Bintang Paling Popular yang dimenanginya tahun lepas? “Tahun ini, saya tidak mahu terlalu berharap kerana saya bimbang kecundang. Rasanya sakit menyakitkan. ”Saya tahu apabila menggenggam […]

error: Content is protected !!