Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 3, 2024 @ 1:48pm

Usia 61 Tahun Tak Halang Pesara Guru Sertai Uji Bakat Calpis Soda OIAM, Mahu Bawa Keluarga Ke Makkah Jika Menang RM1 Juta

Meskipun sudah berusia 61 tahun, seorang pesara guru, Azman Ali berani mencuba nasib dan menyertai uji bakat Calpis Soda One in A Million (OIAM).

Uji bakat mencari peserta OIAM diadakan di Karnival Jom Heboh (KJH) Johor Bahru 2024, bermulai semalam dan hari ini (Sabtu dan Ahad), bertempat di Padang B, Angsana Johor Bahru Mall bermula pada jam 9 pagi hingga 8 malam.

“Saya merupakan seorang pesara. Sebelum ini, saya merupakan seorang guru yang mengajar di SK Taman Gembira, Klang, dan kini menetap di Klang, Selangor.

“Ketika ini, saya pulang ke kampung halaman di Johor Bahru untuk menikmati cuti panjang bersama keluarga dan cucu. Saya nampak ada uji bakat OIAM dan mengambil peluang untuk menyertainya,” katanya.

Usaha Azman membuahkan hasil apabila dia berjaya melayakkan diri di kedua-dua peringkat uji bakat di KJH Johor Bahru, membuktikan bahawa semangat dan ketekunan dapat membuka peluang yang tidak dijangka.

“Idola saya semestinya meminati suara Wak Mustar atau nama panjangnya adalah Mustaffa Rashid Abdul Jabbar dan dia merupakan juara dalam satu pertandingan nyanyian di salah satu rancangan TV. Itu kalau yang orang lama, sebab saya pun orang lama juga. Manakala, kalau yang artis baharu, Syamel. Suara dia memang lain dan unik kalau bagi saya.

“Semestinya sebelum saya masuk, mereka yang rapat dengan saya yang ajak saya untuk cuba. Walaupun saya dah meningkat umur tapi mereka tetap ada di belakang saya dan beri semangat untuk teruskan ke peringkat-peringkat seterusnya.

“Jika RM1 juta itu menjadi milik saya, saya akan membawa seluruh ahli keluarga saya untuk menjelajahi pelusuk dunia. Di samping itu, saya juga ingin membawa mereka ke kota suci Makkah, untuk menunaikan ibadah dan merasai pengalaman yang begitu bermakna,” katanya.

Jika terpilih, dia bertekad untuk membuat persediaan yang lebih baik. Namun, bagi Azman, salah satu cabaran yang mungkin dihadapi adalah menghafal lagu-lagu terkini.

Meskipun begitu, Azman bersedia menghadapi kesukaran ini dengan tekad dan usaha, kerana beliau percaya bahawa setiap cabaran merupakan peluang untuk berkembang dan memperbaiki diri.

OIAM membuka pintu kepada semua bakat Malaysia, Singapura, Brunei atau negara lain, yang berusia 15 tahun ke atas secara solo, duo atau berkumpulan.

Peserta berminat hanya perlu membawa minus one sendiri (MP3) lagu pilihan masing-masing selain gambar berukuran pasport dan 4R.
Johor dipilih sebagai lokasi pertama bagi sesi ujibakat pencarian bintang baharu OIAM dengan pemenang akan membawa pulang hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta.

Selepas Johor Bahru, uji bakat bersemuka OIAM akan diteruskan lima lokasi seluruh Malaysia iaitu di Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur, pada setiap hujung minggu antara 9 hingga 17 November ini, dengan lokasi uji bakat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Namun jika tidak berkesempatan menyertai sesi uji bakat secara bersemuka, peserta berminat boleh menyertai uji bakat secara dalam talian bermula pada 1 hingga 17 November ini.

Peserta hanya perlu memuat naik video nyanyian mereka berdurasi seminit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Sep 2025

“Tenang Semua, Jodoh Aturan Allah…” – Amira Othman

Amira Othman nasihat dosa dengan. manusia tak akan selesai sekalipun mati syahid

Hiburan Mon, 31 Jul 2023
Hiburan Thu, 20 Feb 2020

[FOTO] Tampak Anggun, Lihat Foto Menarik Di Sekitar Majlis Akad Nikah Emma Maembong!

Tahniah sekali lagi Xtra ucapkan dan Selamat Pengantin Baru!

Hiburan Sun, 19 Jan 2025

[VIDEO] Aksi Comel Nadhir Nasar Pujuk Kanak-Kanak Lelaki Merajuk Raih Perhatian – “Comelnya!”

Kanak-kanak lelaki itu terbaring kerana terlalu lama menunggu Nadhir untuk bergambar

Anugerah Sat, 22 Jul 2023

ABPBH 35: Pernah Dihiraukan & Dikutuk, Bell Ngasri Tak Pernah Simpan Hasad Dengki

Rezeki tak pernah salah alamat.. Congrats Bell Ngasri! Yak Yak Yey

Featured Mon, 4 May 2026

Isu Gadis Ditik*m 61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis baru-baru ini.

Featured Mon, 11 Oct 2021
error: Content is protected !!