Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 30, 2023 @ 4:45pm

“Mummy Punya Baju Semeter RM2,000, Awak…” – Pakaian Disamakan Dengan Kain Langsir, Penampilan Mas Idayu Jadi Bahan Gurauan

Penampilan penyanyi dangdut Mas Idayu menjadi bahan gurauan netizen selepas seorang individu mendedahkan corak pada pakaian penyanyi itu persis langsir rumahnya.

Menerusi video yang tular di TikTok, pemilik akaun tersebut telah merakam pakaian yang dikenakan oleh penyanyi itu ketika menjurikan minggu separuh akhir pentas Famili Duo semalam.

“Mami baju tu sama dgn langsir rumah saya #familiduotv3 viral kan,” tulisnya.

@syira_mnoor Mami baju tu sama dgn langsir rumah saya #familiduotv3 ♬ original sound – nrztlasyra ✨

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons sekali gus mengundang tawa dalam kalangan netizen.

Selain Mas Idayu, Ajai juga merupakan juri tetap untuk program realiti Famili Duo yang bakal melabuhkan tirainya pada minggu hadapan.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Dec 2022

[VIDEO] Trending Di Twitter, Ramai Puas Hati ‘Ending’ Drama Rindu Kasih TV3 – “Suami Ugut Jatuh Talak, Isteri Terus Melangkah Jauh!”

Drama terbaik 2022! Tahniah Ummi Nazeera, Izzue Islam dan barisan pelakon hebat yang lain! Bengkak mata min tonton drama ni 😭😭😭 Ending memang superb!

Trending Sat, 29 Jan 2022

“Dengar Faizal Tahir Nyanyi Senang, Bila Tiba Giliran Saya….” – Vanessa Reynauld

Penyanyi Vanessa Reynauld ternyata tercabar apabila menyanyikan lagu baharunya berjudul Buat Ku Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir dan Mage. Hakikatnya, pengalaman menyanyikan lagu itu membuatkan dia tersentak bahawa banyak lagi harus diasahnya untuk menjadi […]

Featured Thu, 14 May 2020
Trending Mon, 16 Apr 2018

Pelik! Wedding Dress Unik Alaf Baru Ini Curi Perhatian

Rekaan baju pengantin ini dikatakan unik dan lain daripada lain! Mungkin boleh beri inspirasi untuk yang bakal bergelar raja sehari?

Featured Wed, 21 Dec 2022

Berat Badan Sukar Turun Lepas Bersalin, Ernie Zakri Menangis Depan Syamel

Sebab tu sokongan suami dan orang sekeliling tu penting!

error: Content is protected !!