Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 24, 2023 @ 5:29pm

“Cakaplah Ni Isteri Kedua Ayah” – Tiada Masalah Maklum Kahwin 2, Syamsul Belum Sedia Bawa Anak Jumpa Ira Kazar

Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengakui bahawa dia masih belum bersedia untuk membawa anak-anaknya untuk bertemu dengan isteri keduanya, Ira Kazar.

“Dengan keadaan sekarang ni, saya sedar saya kena jaga sensitiviti. Saya harus perbetulkan apa yang berkecamuk dengan isteri pertama (Puteri Sarah) ni dulu.

“Dia macam tak manislah bini pertama tengah ni (ada isu). So far, belum lagi,” jelasnya.

Malah, dia juga menyatakan ia tidak menjadi masalah kepadanya untuk memberitahu kepada anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bahawa dia telah berkahwin dua.

“Cakaplah ini isteri nombor dua ayah. Apa susah kan? Saya tak galakkan untuk menipu anak. Cakaplah ayah ada isteri lagi seorang,” kata Syamsul.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Puteri Sarah berkaitan anak-anak.

“Alhamdulillah, pasal anak-anak semua okay. Saya dengan Sarah tiada apa-apa masalah. Saya nak jumpa dia tak halang dan kerjasama okay lah. Setakat ini, mudah-mudahan.

“Cuma, pernahlah jadi sekejap (dihalang) tapi saya sebagai suami saya tahulah mungkin emosi. Saya fahamlah,” jelasnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Mar 2025
Featured Sat, 11 Oct 2025

“No Wonder Ramai Sayang Faz!” – Azza Elite Tersentuh Dengan Keperibadian Fazura, Sifat Rendah Diri Buat Ramai Kagum

Menurut Azza, sebelum ini dia berasa segan untuk menegur Fazura, namun segalanya berubah apabila mereka bertemu dalam sebuah acara baru-baru ini.

Featured Mon, 31 Mar 2025

Sharnaaz Ahmad Sebak, Pertama Kali Beraya Tanpa Arwah Ayah – “Tahun Pertama Adalah Tahun Paling Sukar”

Sharnaaz Ahmad sebak kali pertama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran sosok seorang ayah.

Hiburan Sat, 14 Mar 2026

“Nampak Kerusi Arwah Bapa Buat Saya Rasa Sayu” – Terkenang Dharma Harun Al Rashid, ‘Jam Misteri Atuk’ Sentuh Emosi Syafiq Dharma

Syafiq Dharma akui Jam Misteri Atuk sangat dekat di hati kerana mengingatkannya kepada arwah bapanya, Allahyarham Dharma Harun Al Rashid.

Featured Thu, 28 May 2020
Featured Sat, 13 May 2023
error: Content is protected !!