Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 31, 2025 @ 10:00am

Sharnaaz Ahmad Sebak, Pertama Kali Beraya Tanpa Arwah Ayah – “Tahun Pertama Adalah Tahun Paling Sukar”

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa sebak apabila kali pertama meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri tanpa kehadiran sosok seorang ayah.

Kata Sharnaaz, usia 40 tahun adalah proses di mana ujian kehilangan ini akan dihadapi oleh semua orang, termasuklah dirinya.

Justeru, dia kini reda dan masih menjalani proses tersebut.

“Saya rasa bila umur saya 40 tahun ni, saya tengok kawan-kawan yang seangkatan umur dengan saya, mereka dalam proses kehilangan, jadi saya salah seorang.

“Kalau kata saya sedih, of course saya sedih. Ini first time saya raya tanpa ayah. Tapi macam saya tengok Scha Alyahya, raya tanpa mak, Lia Natalia raya tanpa ayah tambah lagi dia duduk jauh.

“Jadi, bagi saya, macam umur-umur saya ni,  mak dan bapa kita akan meninggal… tapi bila kita meningkat dewasa kawan kita pula meninggal. Ada masa kalau kita meningkat dewasa lagi, it’s our time pula.

“Jadi kita kena berdamai dan reda. Cuma first year is the hardest year. Saya cubalah,” katanya.

Sharnaaz atau lebih mesra dengan panggilan Mamu berkongsi perkara demikian ketika ditemui di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025 bersama barisan pelakon filem Blood Brothers yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga sempat berkongsi antara momen yang paling diingati setiap kali sambutan Raya bersama Allahyarham bapanya, Datuk Basir Ahmad.

“Sembahyang Raya, sebab mula sahaja pukul 7 pagi saya akan berjalan dengan arwah pergi masjid walaupun masjid dengan rumah tak adalah jauh, cuma kita suka tengok orang ramai berjalan ada suasana.

“Actually mak saya pun masih dalam idah, jadi nak raya apa? Dia memang tak boleh keluar. Jadi saya ni balik sebagai cukup syarat sahaja.

“Sebab tu saya tak nak duduk Pulau Pinang lama-lama, saya pun akan balik ke Kuala Lumpur pada Hari Raya pertama sebab mak saya pun akan datang ke Kuala Lumpur nanti,” jelasnya.

Terdahulu, pada 27 November tahun lalu, ayah kepada Sharnaaz Ahmad telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi Rabu.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram (IG).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Trending Thu, 21 Nov 2019

BTS’ V Reacted To A Fan Shipping Him With Jungkook #VKook

Is the ship still sailing or sinks like the Titanic?

Featured Fri, 13 Jul 2018
Featured Mon, 14 Nov 2022

Mas Khan Dikecam Netizen Bela Anjing, Ada Tatu – “Saya Hanya Jadi Diri Sendiri”

Orang dulu-dulu bela anjing untuk jaga kawasan kebun.. So ni lebih kurang ke?

Featured Wed, 26 Oct 2022
Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Trending Thu, 8 Oct 2020
Hiburan Wed, 6 Nov 2024
error: Content is protected !!