Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 11, 2025 @ 12:24pm

Siti Nurhaliza Syukur, Lagu ‘Anta Permana’ Jadi Pilihan Peribadi Raja Charles III – “I Am Beyond Bless & Deeply Thankful”

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila lagu nyanyiannya yang berjudul Anta Permana menjadi karya pilihan Raja Britain, Raja Charles III.

Menerusi perkongsian di Instagram The Royal Family, lagu tersebut menjadi antara lagu senarai kegemaran Charles sempena sambutan Hari Negara-Negara Komanwel.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Royal Family (@theroyalfamily)

Senarai lagu pilihan Raja Charles III kini tersedia secara eksklusif di Apple Music dengan tajuk “His Majesty King Charles III’s Playlist”, menampilkan gabungan irama terbaik dari seluruh dunia.

Senarai 17 lagu berdurasi satu jam sepuluh minit itu turut menampilkan himpunan lagu-lagu dari penyanyi legenda seperti Diana Ross, Bob Marley, Grace Jones, serta bintang sensasi Britain yang sedang mencipta nama, Raye.

Turut menghiasi senarai ini ialah Beyoncé, Kylie Minogue, Michael Bublé, dan ramai lagi!

“Saya ingin berkongsi dengan anda lagu-lagu yang membawa kebahagiaan dalam hidup saya. Setiap lagu mencerminkan kepelbagaian budaya dan gaya muzik yang unik.

Namun, seperti negara-negara Komanwel yang makmur, semuanya berkongsi kecintaan yang sama terhadap kehidupan—dalam keindahan dan keharmonian yang menyatukan kita,” kata Raja Charles III.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Qistina Raisah Tampil Bersuara Mengenai Video Tular Bersama Lelaki – “Henry Itu Abang Kandung Saya!”

Sebelum ini, pelakon remaja Qistina Raisah pernah menjadi bualan ramai apabila tular perkongsian dirinya bersama seorang lelaki di TikTok. Tidak mendiamkan diri, baru-baru ini, Qistina tampil mendedahkan identiti sebenar lelaki tersebut yang merupakan abang kandungnya […]

Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Shahir Akui Bakal Berkahwin Dengan Erra Fazira

Kehadirannya ke rumah terbuka Erra Fazira baru-baru ini seolah-olah memberi hint kepada semua peminat tentang status perhubungan mereka.

Featured Thu, 27 Feb 2020
Featured Thu, 27 Oct 2022

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Ibu bapa dan suami beri keizinan. Lana Nodin syukur selepas ini tiada lagi pembedahan hidung

Hiburan Sat, 16 Mar 2019

Tunku Hanis Bengang Dituduh Popular Kerana Guna ‘Kabel’?

Uish, siapa tuduh Tunku Hanis guna ‘kabel’ tu? Tak baik tau!

Trending Mon, 16 Mar 2020

[VIDEO] Mitos Atau Fakta? Covid-19 Boleh Rosakkan Organ Hingga Menyebabkan Kematian

Apapun, sentiasa membasuh tangan dan memakai topeng muka gais!

Featured Tue, 28 Apr 2020
Hiburan Wed, 25 Jun 2025
error: Content is protected !!