Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 27, 2022 @ 3:45pm

Kos Cecah RM167,000, Lana Nodin Jawab Sebab Bedah Hidung Di Korea – “Saya Guna Tulang Rusuk..”

Pelakon Lana Nodin baru-baru ini mencuri tumpuan ramai selepas tular sebuah video memaklumkan dirinya selesai menjalani pembedahan hidung di negara terkemuka, Seoul, Korea.

Ekoran itu, ramai yang mempersoalkan tindakan Lana yang didakwa telah mengubah ciptaan Maha Pencipta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Keadaan Terkini Lepas 15 Hari Jalani Pembedahan Hidung Di Korea, Lana Nodin Syukur Wajah Tak Bengkak


Menerusi sebuah video baru, Lana tampil menjawab pertikaian netizen serta mendedahkan kos rawatan pembedahan hidung di Korea.

Video siaran langsung di TikTok milik Lana dikongsikan oleh pemilik YouTube Selebriti Malaysia semalam memaparkan selebriti ini menjawab persoalan netizen.

“Semua tahu saya buat surgeri dari umur 19 tahun sebab saya accident. Saya bukan jenis artis yang letak benang, filler bagai. Demi Allah muka saya ni tak ada satu benang dan filler pun, kecuali hidung.

“Mungkin dulu tak ada teknologi terkini, tapi setiap 10 tahun saya kena tukar batang hidung plastik jadi silikon. Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak nak buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik akan ada jangkitan

“Saya buat pembedahan hidung untuk kesihatan saya. Kedua saya pilih Korea sebab selama ni buat dekat tempat lain akan kena tukar setiap 10 tahun. Kali terakhir saya buat saya kena infection sampai hidung senget,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Lana berkata proses pembedahan hidung kali ini tidak menyakitkan dan menggunakan tulang rusuknya.

“Saya terpaksa buat pembedahan hidung yang terakhir di Korea sebab pakai tulang saya sendiri. Lepas ni kalau orang tanya buat plastik surgeri ke saya tak akan mengaku sebab saya pakai tulang rusuk sendiri, bukan plastik.

“Kenapa tulang rusuk sebab tak nak berulang kali buat. Dan kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka dan buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira permanent.

“Kalau buat di Malaysia dan Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tak boleh makan telur. Tetapi dekat Korea, tak ada pantang kecuali tak boleh merokok dan minum alkohol. Dua-dua saya memang tak ambil.

“Dekat Korea harga sangat mahal, saya buat hidung dalam 50 juta Won bersamaan dengan RM167,000. Masa buat tak sakit, bangun tidur pun tak sakit. Tiada patang langsung dan saya kena stay dua minggu di Korea. Tak ada darah yang terkeluar dari hidung,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Jan 2025

Nuha Bahrin, Jejaka ‘Y’ Saling Mengenal Hati Budi 

Nuha Bahrin, Jejaka Y mula rapat sejak MV Ela Eynak

FESYEN Tue, 6 Mar 2018

8 Fesyen Paling Memukau Oscar 2018

Bukan sahaja filem yang akan dipertaruhkan dan mendapat perhatian lensa kamera tetapi, fesyen yang dipakai oleh artis yang datang memeriahkan juga turut menjadi perhatian. Kalau peminat fesyen diluar sana ingin tahu antara fesyen yang berjaya memukau Oscar 2018, ini antara senarai fesyen tersebut

Trending Thu, 14 Feb 2019

Fly FM Cancels Krappi Call!

It’s the end of a legendary era but more fun stuff are coming your way!

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Sejak Makan Jamu, Ezlynn Mengaku Jarang Emo?

Saya dapat rasakan badan saya lebih ringan, tidak cepat penat dan paling penting saya kurang ‘moody’.

Events Sat, 31 May 2025

Guru & ‘Abang Wiring’ Didenda RM5,000… Mengaku Bersalah Terpalit Skandal S*ks

Mengambil kira pengakuan tertuduh, fakta berlaku perbuatan zina seperti yang diakui.

Trending Fri, 27 Dec 2019
Filem Mon, 8 Jun 2026

“Orang Nampak Anak Seni Ini Glamor, Tapi…” – Scha Alyahya

Kadang-kadang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga terkena tempias daripada persepsi atau pandangan orang ramai. – Scha Alyahya.

Kisah Viral Tue, 4 Feb 2025

The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’, Mangsa Boleh Kongsi Pengalaman Secara Rahsia Di Kotak Luahan Hati

The Vocket lancar kempen Jadi Buddy Bukan Buli, inisiatif selamat untuk mangsa luah hati

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PANGGIL SAYANG TAK BERMAKNA KAMI BERCINTA

Amboi Syamel, kuat betul menyakat gadis eh? Tak pasal-pasal, orang sekeliling ingat awak playboy pula nanti. Teman duetnya menerusi lagu Aku Cinta, penyanyi Ernie Zakri memberitahu sikap Syamel yang gemar menyakat dengan panggilan mesra membuatkan […]

error: Content is protected !!