Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 20, 2025 @ 2:00pm

Nuha Bahrin, Jejaka ‘Y’ Saling Mengenal Hati Budi 

Penyanyi, Nuha Bahrin mengakui sedang dalam fasa berkawan bersama seorang jejaka yang hanya dikenali dengan identiti ‘Y’.

Ketika ditemui XTRA, Nuha atau nama lengkapnya, Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, berkata bibit perkenalan mereka bermula ketika jejaka itu terbabit dalam pembikinan muzik video lagu baharunya, Ela Eynak.

“Kami sedang berkawan, kenal-kenal dulu.. Tak jauh pun, selagi tak berkahwin kami masih berkawan. Sebenarnya saya dan dia kenal semasa proses membuat MV lagu saya.”Kalau kawan-kawan pun boleh keluarkan?,” katanya.

Sementara itu, Nuha turut memaklumkan dia seronok mempelajari bahasa Arab lebih-lebih lagi selepas mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang mahu mendengar nyanyiannya dalam bahasa itu.

Nuha berkata demikian ketika ditemui di XO House Party x High Cultured pada Jumaat lalu.

“Saya seronok belajar bahasa arab, peminat pun menyokong. Banyak saya buat lagu dalam bahasa Arab jadi fasa pembelajaran pun lebih senang dan mudah faham maksud.

“Dari segi kefasihan itu sikit sangat, masih asas… kalau untuk bersapa-sapa boleh tiada masalah,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini, Nuha berkata dia bakal melancarkan lagu baharu dalam masa terdekat.

“InsyaAllah saya akan keluarkan lagu baru sama ada  sebelum ramadhan atau selepas raya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Aug 2023
Events Fri, 27 Jan 2023
Trending Tue, 19 Jan 2021

Bekerja Dengan Suami Orang? Nana Tak Ada Masalah Jadi Rakan Duet Nubhan

Nana & Nubhan muncul dengan lagu duet baharu!

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Tahniah! Dayang Nurfaizah Dan Hael Husaini

Lagu Haram nyanyian kedua-dua penyanyi hebat ini nampaknya memang mendapat tempat di hati pendengar di Malaysia kan?

Trending Sat, 20 Jan 2018

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik OKU Buat Netizen Sebak ”Pakcik Tau Pakcik Orang Susah, Buta Sebab Tu Orang Tak Nak Tolong Pakcik”

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

‘Ayah Selalu Lost Control’- Anak Ahmad Dhani Sedia Jadi Pengganti?

Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi, kan?

error: Content is protected !!