Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin May 31, 2025 @ 4:23pm

Guru & ‘Abang Wiring’ Didenda RM5,000… Mengaku Bersalah Terpalit Skandal S*ks

Pasangan yang tular akibat terpalit dalam skandal seks membabitkan seorang guru wanita dan seorang juruelektrik masing-masing dijatuhkan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka  atas kesalahan cuba melakukan persetubuhan haram.

Memetik laporan Harian Metro, hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin terhadap Muhammad Hairul Ezuan Hamzah dan Nur Fadilah Zainal, kedua-duanya berusia 31 tahun, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mengambil kira pengakuan tertuduh, fakta berlaku perbuatan zina seperti yang diakui, rayuan hukuman serta ketiadaan seksyen khusus berkaitan kesalahan persetubuhan luar nikah dalam enakmen sedia ada.

Katanya, ini merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua tertuduh dan hukuman denda RM5,000 atau penjara selama enam bulan disabitkan jika gagal membayar adalah wajar sebagai pengajaran.

Dan, kedua-dua mereka membayar denda dan tidak diwakili oleh peguam.

Tertuduh mengaku perbuatan tersebut dibuat secara sukarela

Sebelum ini, pasangan itu dituduh cuba melakukan persetubuhan haram dengan bukan pasangan sah di sisi syarak di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai, Alor Gajah pada 28 Februari lalu, sekitar jam 9 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara hingga 36 bulan atau kedua-duanya.

Ketua Pendakwa Syarie, Atras Mohamad Zin berkata,  permohonan hukuman maksimum dikenakan sebagai pengajaran kepada masyarakat memandangkan kedua-dua tertuduh mengaku melakukan perbuatan tersebut secara sukarela.

“Menurut hukum hudud, kesalahan zina bagi yang pernah berkahwin adalah rejam sampai mati, namun bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada hukuman takzir,” katanya.

Tambahnya,  ketiadaan peruntukan khusus untuk kesalahan zina dalam enakmen menyebabkan pendakwaan dibuat mengikut seksyen berkaitan percubaan melakukan persetubuhan haram.

Terdahulu,  guru wanita berkenaan telah direhatkan daripada tugas mengajar sementara siasatan dijalankan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi kenyataannya kepada media menjelaskan, guru tersebut masih bertugas sebagai kakitangan awam buat masa ini.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 May 2023
Featured Tue, 9 Nov 2021
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Apwiter, Afif Tirmizie Pertaruh ‘Genggam’, Gabungan Hip Hop & Warisan Melayu!

Afif Tirmizie teruja lancar lagu baharu berjudul Genggam

Trending Mon, 26 Jul 2021
Featured Thu, 21 Sep 2023
Featured Fri, 20 May 2022
Trending Sun, 7 Apr 2019

Gambar Seorang Wanita Berbaring Di Atas Kubur, Ada Cerita Di Sebaliknya

Lebih sayu, wanita itu baring di atas tanah kubur yang kelihatan basah tanpa beralaskan kain.

Featured Wed, 18 May 2022

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Hisyam Hamid tak mahu tayang aset sekadar untuk menarik perhatian dalam lakonan.

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

IZREEN AZMINDA NAIK ‘HANTU’

Sebelum Amar menikahi Amyra, Izreen dan Amar menjadi bahan gosip dan usikan netizen sebagai teman mesra.
Jadi, apabila gambar membandingkan wajah anak Izreen ketika bayi dengan anak Amar  yang kononnya seiras, apa sebenarnya yang mahu dibuktikan oleh si pengirim?

error: Content is protected !!