Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 18, 2022 @ 11:09pm

“Penonton Sekarang Sudah Bijak, Tak Perlu Nak…” – Hisyam Hamid Tak Mahu Tayang ‘Aset’ Dalam Lakonan

Pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, 37, berkata dia tidak perlu menayangkan badan untuk menarik perhatian penonton dalam lakonannya.

Hisyam yang membawa watak sebagai Farel, seorang bekas banduan di dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan di TV3 mengatakan dia sentiasa meletakkan batas dalam lakonannya agar tidak melakukan babak keterlaluan.

“Saya sudah berkahwin dan ada keluarga. Jadi, saya sangat menjaga setiap babak dilakonkan agar tidak keterlaluan. Penonton sekarang pun sudah bijak, jadi tak perlu nak ‘belanja lebih’ jika babak itu tidak diperlukan.

“Apa-apa pun, saya selalu berbincang dengan pengarah untuk membuat sesuatu babak. Sekiranya memerlukan membuka baju, tak mungkin saya lakukan kerana memang tidak sesuai,” katanya ditemui pada sidang media virtual, baru-baru ini.

Menurut bapa dua anak ini, dia sanggup menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram untuk kelihatan kurus, termasuk membela misai dan jambang bagi menjayakan watak Farel.

“Untuk diet, saya amalkan hanya mengambil makanan berat sekali dalam sehari sejak beberapa bulan lalu serta melakukan senaman untuk mendapatkan fizikal yang kurus.

“Selama dua bulan juga saya buat persediaan untuk melakonkan karakter ini. Saya harap penonton dapat menerima watak Farel dengan baik kerana apa yang dia buat, bersebab,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Apr 2026

Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Didakwa Bergolak, Ini Respons Dr Che Hafiz – “Biasalah Ada Pasang Surut”

Hafiz menjelaskan perkara itu tidak benar, sebaliknya mereka memilih untuk tidak berkongsi segalanya di media sosial.

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Rakaman Video Syarifah Sakinah Tidak Memberi Kesan – Che Ta

Menurut Che Ta yang turut menjual produk kecantikan, dia tidak terkesan dengan sindiran dari pelakon Sharifah Sakinah. Malah, Che Ta turut menyokong pendapat Sakinah….

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Dituduh Buat Pembedahan Plastik, Ini Jawapan Sherry Ibrahim

Ish ish, tak baik tau korang tuduh Sherry bukan-bukan. Semua original ok…

Featured Thu, 25 Nov 2021

Waspada Dalam Mengikuti ‘Add Yours’ Challenge Di Instagram

Pada awal November lalu, Instagram memperkenalkan ‘Add Yours’ sticker yang membolehkan pengguna mencipta rangkaian umum di ‘Insta story’ dimana pengguna yang memulakan ‘Add Yours’ sticker tersebut boleh melihat respon dari pengguna yang menggunakan sticker mereka. […]

Featured Mon, 7 Aug 2023
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Alvin Wong menghidupkan watak Lum dengan menjadikannya sebagai seorang yang kelakar, positif dan bersemangat. Macam dirinya juga!

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Nana Tolak Lamaran Jadi Isteri Kedua

Nana berharap pendapat peribadinya tidak disalah erti atau mengguris perasaan insan lain kerana ia bukan ditujukan kepada sesiapa, sebaliknya hanya untuk diri sendiri.

Hiburan Wed, 25 Jul 2018

Tidak Mahu Ulang Kesilapan, Maya Karin Makin Memilih

Walaupun namanya agak tidak menonjol beberapa tahun ini namun, pelakon cantik ini mengakui dirinya kini semakin memilih sebelum menerima mana-mana tawaran lakonan walaupun bayarannya cukup lumayan.

error: Content is protected !!