Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 11, 2026 @ 6:29pm

Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Didakwa Bergolak, Ini Respons Dr Che Hafiz – “Biasalah Ada Pasang Surut”

Suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Hafiz tampil menjernihkan keadaan apabila menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka sedang bergolak.

Hafiz atau nama penuhnya Che Muhammad Hafiz Che Baharom menegaskan hubungan mereka masih utuh dan berada dalam keadaan baik.

“Saya sendiri tak pasti bagaimana spekulasi ini boleh timbul. Saya dan Julia baik-baik sahaja.

“Biasalah dalam rumah tangga memang ada pasang surut. Itu perkara biasa dan semua pasangan pasti melaluinya.

“Apa pun, kami baik-baik sahaja. Saya harap orang ramai doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.

Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka ASIA di Studio 38, Petaling Jaya, pada Sabtu.

Menjawab persoalan mengenai dakwaan mereka tidak beraya bersama, Hafiz menjelaskan perkara itu tidak benar, sebaliknya mereka memilih untuk tidak berkongsi segalanya di media sosial.

“Kami tetap beraya bersama, cuma tak kongsi gambar. Saya tak mahu ulas lebih lanjut.

“Bila timbul spekulasi, kita perlukan ruang untuk bertenang. Dalam masa sama, kita tak boleh halang apa orang nak fikir.

“Itu lumrah. Apa sahaja yang berlaku pasti ada cerita yang timbul. Nak puaskan hati semua orang memang tak mampu,” jelasnya.

Mengulas reaksi terhadap dakwaan yang tular, Hafiz mengambil pendekatan lebih matang dengan melihatnya dari sudut positif.

“Apa sahaja kita buat ada baik dan buruknya. Kalau saya ketawa, nanti orang kata macam meremehkan pula. Jadi lebih baik saya ambil perkara ini secara positif,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian apabila mereka tidak berkongsi foto bersama sempena Aidilfitri di media sosial.

Sebaliknya, Hafiz hanya memuat naik momen bersama ibunya sebelum berlepas ke Kota Bharu, Kelantan.

Malah, pemerhatian netizen mendapati Julia Farhana dan Dr Che Hafiz didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti di Instagram, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.

Sekadar info, Julia mendirikan rumah tangga bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 14 Disember 2022.

Dr Che Hafiz sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Lufya pada 26 November 2016 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Laana Haura, 8. Namun mereka bercerai pada 17 Jun 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jun 2025

Ismail Izzani Kembali Dengan ‘Tenggelam’, Sarat Dengan Emosi & Jiwa

Tenggelam jadi permulaan kepada lebih banyak lagi karya Ismail Izzani.

Selebriti Thu, 30 May 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2017

IZREEN AZMINDA BERCUMBU SEBELUM KAHWIN?

Jika sebelum ini ramai netizen mengecam tindakan Izreen Azminda yang berkahwin secara rahsia dengan Ude yang berstatus suami orang. Kali ini lain pula isunya.

Hiburan Fri, 31 Aug 2018

Lavida Coin Tersenarai Dalam Amaran Pengguna Kewangan BNM

Senarai yang dikemas kini hari ini menyenaraikan syarikat dan laman web tersebut tidak diiktiraf atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan oleh BNM.

Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Thu, 9 Dec 2021

“Peh, Baru 8 Hari Dah Cergas!” – Netizen Kagum Dengan Wawa Zainal Lawat Pejabat Ketika Berpantang

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafril baru sahaja menyambut anak mereka yang keempat pada 30 November lalu. Biarpun masih dalam tempoh berpantang, aktres berusia 30 tahun itu tampil bertenaga melawat pejabatnya. Wawa yang juga […]

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

Hero Muzik Video Semakin Terjawab, Bukan Remy Tapi Syafiq Kyle!

Sarah juga tidak menolak seandainya tontonan muzik video ini berjaya menarik perhatian penonton, Syafiq adalah ‘pelarisnya’.

error: Content is protected !!