Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 29, 2025 @ 8:09pm

Gelombang Sokongan Peminat Lonjakkan Anna Jobling Ke Carta Tertinggi Seoul International Drama Awards 2025

Detik penuh bersejarah bakal tercipta apabila pelakon popular Malaysia, Anna Jobling, bersiap sedia berangkat ke Seoul, Korea Selatan bagi menghadiri Seoul International Drama Awards (SDA) 2025.

Tercalon dalam kategori Outstanding Asian Star – Malaysia, Anna yang dijadualkan terbang pada 1 Oktober ini membawa bukan sahaja impian dirinya, malah harapan jutaan peminat di tanah air.

Pencalonan ini menjadi bukti kukuh terhadap bakat yang dimiliki Anna, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai bintang muda yang semakin berpengaruh di Asia. Kehadiran di pentas antarabangsa berprestij itu membuka ruang baharu dalam perjalanan seninya yang semakin bersinar.

Anna, yang mencetuskan fenomena melalui drama Melur Untuk Firdaus, berjaya menempatkan diri dalam kategori tersebut menerusi drama Hai Cinta, Dengarkanlah. Populariti karya itu di platform penstriman Tonton mencetuskan gelombang sokongan sehingga namanya mendahului carta undian. Setiap undian peminat bagaikan denyut nadi yang mendorong Anna untuk terus menjulang nama Malaysia di peringkat dunia.

“Saya amat tersentuh dengan sokongan luar biasa daripada semua yang mengundi dan mendoakan saya. Pencalonan ini ibarat hadiah terbesar dalam kerjaya saya, dan saya sangat bersyukur dapat membawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa. Saya berharap semua terus memberi undi dan doa kerana kemenangan ini bukan sekadar untuk saya, tetapi untuk kita semua,” ujar Anna Jobling.

Anna turut mengajak peminat untuk memastikan undian berterusan sehingga malam kemuncak kerana setiap sokongan amat bermakna buat perjuangan negara.

Bagi meraikan pencapaiannya, Tonton tampil dengan promosi eksklusif ‘Koleksi Pujaan Hati’, langganan tiga bulan hanya RM20 menggunakan kod diskaun ‘ANNAJOBLING’, membolehkan peminat menonton drama-drama lakonannya. Kempen ini sekali gus menjadi wadah sokongan dari kaca skrin tempatan ke pentas antarabangsa.

Seoul International Drama Awards 2025 akan berlangsung pada 2 Oktober 2025 di Yeouido KBS Hall, Seoul. Anna bakal berdiri sebaris dengan nama-nama besar Asia dalam acara berprestij ini. Majlis tersebut boleh disaksikan secara langsung di YouTube pada 2 Oktober 2025, manakala siaran di SBS TV akan ditayangkan pada 3 Oktober 2025 jam 6 petang waktu Korea.

Acara Karpet Merah dijadualkan bermula pada jam 3.30 petang waktu Korea, diikuti Malam Kemuncak Anugerah yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 7.00 petang waktu tempatan.

Untuk info lanjut mengenai drama kegemaran anda, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Jul 2021

Media Prima Omnia Perkenal Pakej #KitaMalaysia, Tawar Nilai Media Sehingga RM1 Juta Untuk Usahawan SME

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir dua tahun bukan sahaja membahayakan kesihatan, malah ia memberikan impak terhadap pelbagai industri di serata dunia. Industri perniagaan turut terjejas, malah ia memberikan kesan buruk terhadap perusahaan kecil dan sederhana […]

Trending Tue, 7 May 2019

辣妈边生孩子边化妆!阵痛时就由丈夫代劳

在车上化妆已经不算什么!一名来自纽约的化妆师为了保持完美形象,在等待生产时竟然边忍着阵痛边化妆。

Hiburan Wed, 19 Mar 2025
Featured Fri, 20 Jan 2023
Featured Tue, 18 Nov 2025

“Allah Sebaik-Baik Perancang, I Love You Fattah Amin” – Amira Othman Mohon Doa, Tak Dibenarkan Terbang Ke Korea

Amira Othman, memohon doa daripada peminat selepas mendedahkan dirinya tidak dibenarkan terbang ke Korea oleh tiga doktor pakar.

Trending Sat, 30 Mar 2019

Fasha Sandha Mengaku Guna Kamera Huawei P30 Abadikan Saat Indah

setiap gambar yang diambil ketika Pre Wedding dan Malam Berinai menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI P30.

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Dah Bernikah Rupanya…

Tahniah Vanessa Angel!

error: Content is protected !!