Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2025 @ 3:17pm

[VIDEO] Waheeda Tegur Trend Lancar Lagu Raya Awal Ramadan, Dakwa Penggiat Seni Semakin Kurang Sensitiviti 

Penyanyi dan pelakon, Waheeda, lantang menegur segelintir anak seni yang didakwa semakin kurang menghormati bulan Ramadan.

Menerusi satu hantaran di akaun TikTok Talk To You Later, Waheeda atau nama penuhnya Norwahidah Abdul Wahab, meluahkan rasa kurang senang terhadap trend mengeluarkan lagu bertemakan Aidilfitri ketika Ramadan masih di awal fasa.

“Saya nak cakap sesuatu sebagai peringatan kepada rakan-rakan dalam industri. Saya rasa sekarang ni makin kurang ajar.

“Belum pun masuk pertengahan Ramadan, dah mula sibuk nyanyi lagu raya dan buat promosi. Bukan itu sahaja, dari segi penampilan pun semakin diabaikan,” katanya dengan nada tegas.

Tambah Waheeda, para penggiat seni seharusnya lebih yakin terhadap rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT, bukannya berlumba-lumba untuk bersaing dalam industri.

“Kenapa takut nak keluarkan lagu lambat? Takut kalah saingan? Tak yakin dengan rezeki Allah?

“Rezeki itu Allah yang beri dan Allah juga yang boleh tarik bila-bila masa. Sampai bila kita nak terus berada dalam mentaliti lama?” soalnya.

Isteri kepada pendakwah bebas, Akhil Hayy, Waheeda berharap agar golongan anak seni dapat berubah menjadi individu yang lebih menghormati Ramadan.

Waheeda turut meluahkan rasa sedih melihat bulan yang penuh keberkatan ini kurang dihormati, sedangkan ia adalah bulan diturunkan Al-Quran.

“Bulan mulia ini sepatutnya menyedarkan kita pada ‘kau tak takut Tuhan ke?’ Harap selepas ini kita lebih baik, sebab kalau macam inilah Ramadan sekarang, kita tak tahu apa yang akan jadi pada Ramadan akan datang,” katanya.

@ttyl.podcast

“WAHEEDA TEGUR PENGGIAT SENI” Berhibur tak salah, tapi bulan Ramadan ni setahun sekali je kan? Ayuh kekalkan kemuliaan Ramadan dengan melazimkan Al-Quran! For Nuzul Quran edition of StoryMorehTTYL, our very own #TTYLReligi podcaster, @officiallywaheeda shares her thoughts on honoring Ramadan and anticipating Lailatul Qadr. In this digital time capsule, we’re capturing one-minute Ramadan & Raya stories from 2025 / 1146H. Stay tuned for more fascinating story-mory from everyday people! #StoryMorehTTYL #timecapsule #ramadanrayastories

♬ original sound – TTYL : Talk To You Later – TTYL : Talk To You Later

Kredit video: TTYL PODCAST

Kredit Foto: BH Online, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 May 2018

Pancing Putera George Dengan Smarties Baru Dia Tersenyum Lebar

Alexi Lubomirski mendedahkan betapa sukarnya pewaris takhta itu untuk senyum dan bagaimana dia akhirnya dapat membuatkan George tersengih dengan cara yang cukup mudah iaitu dengan menyogok George dan lainnya coklat Smarties.

Featured Fri, 19 Feb 2021

Sesi Persekolahan Bermula 1 Mac Ini

Baca artikel lebih lanjut untuk semua sesi sekolah rendah & menengah

Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Jom Membeli-Belah Di Anggun Life Pada 8 & 9 Disember Ini!

Lepasni bolehlah shopping sakan kat Anggun Life

Featured Mon, 15 Nov 2021

Penerbit Cukup Derita Itu Mohon Kerajaan Benarkan Kanak-Kanak Berlakon

Penerbit popular, Siti Rosmizah memohon kerajaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memberikan kelonggaran untuk pelakon kanak-kanak untuk terlibat dalam penggambaran drama. Mengulas berkenaan isu pelakon kanak-kanak yang tidak dibenarkan datang ke set penggambaran […]

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Risteena Enggan Ditaja Lelaki Berduit!

Risteena merupakan salah seorang daripada pemegang saham bersama seorang rakan yang namanya mahu  dirahsiakan.

Hiburan Sun, 29 May 2022
error: Content is protected !!