Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal December 21, 2017 @ 5:05pm

Sebelum Tambah Anak- Aeril Zafrel Mahu Pasti Stabil Dulu

Bukan tidak mahu menambah zuriat tetapi ingin stabil dari segala segi sebelum mempunyai penambahan keluarga. Inginkan semua lengkap dan cukup baru boleh. 

“Saya dan Wawa tidak ada lagi perancangan untuk menambah anak yang ketiga dalam waktu terdekat ini. 

“Bukan tidak mahu cuma nanti dulu. Saya mahu pastikan kehidupan keluarga stabil terlebih dahulu sebelum tambah anak lagi. 

“Saya pun ada merancang untuk pindah rumah, jadi biarlah kami fokus pada kerja dan bila semua dah stabil barulah fikir tentang anak ketiga,” katanya. 

Tambah suami kepada pelakon Wawa Zainal ini, dia tidak mahu terlalu terburu-buru memandangkan kedua anaknya, Ahmad Fakhruddin Attar, 4, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2 masih kecil. 

Malah, Wawa juga ada mempunyai beberapa perancangan untuk membawa keluarganya bercuti di luar negara dalam waktu terdekat. 

“Lagipun anak pertama dan kedua masih kecil. Saya dan Wawa perlu beri tumpuan sepenuhnya pada mereka. 

“Tambahan pula, Wawa pun mempunyai beberapa perancangan untuk bercuti ke luar negara, jadi saya ikutkan sahaja,” ujarnya. 

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Attar dan Hayla. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Buat Seks Pun Bising! Mas Khan Bengang Dengan Jiran…

Memalukan kan? (sambil tepuk dahi)

Hiburan Wed, 13 Dec 2023

Status Kewarganegaraan Isteri Belum Sah, Syaiful Zero Belum Ada Rezeki Menetap Di Kuala Lumpur

Selesaikan apa yang patut dahulu… nanti dah siap semua, barulah pindah ke ibu kota.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Hiburan Sat, 21 Feb 2026
error: Content is protected !!