Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 4, 2023 @ 5:50pm

Kongsi Info Tentang Kursus Kahwin, Ubai & Shila Amzah Sempat Perli Siapa Tu? – “Ada Seorang Lelaki Tu…”

Penyanyi Shila Amzah bersama tunangnya, Ubai sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka live bersama di TikTok.

Menerusi video yang tular di TikTok, Shila dan Ubai tampil berkongsi maklumat tentang kursus perkahwinan kepada pengikut mereka.

Dalam perkongsian tersebut, Shila menyatakan orang yang pernah bercerai hanya perlu melampir surat cerai dan tidak perlu menghadiri kursus kahwin semula.

Musykil tentang perkara tersebut, Ubai telah bertanya kepada Shila berkenaan tempoh sah sijil kursus kahwin tersebut.

“Bukan kursus kahwin dia valid untuk satu perkahwinan sahaja ke?

“Tak payah sebab untuk apa orang yang pernah kahwin, pergi kursus kahwin lagi? Dia dah tahu dah dalam perkahwinan tu perlu ada apa.

“Dan bila dia keluar daripada perkahwinan itu dia dah tahu dah apa yang ada, apa yang tak payah ada,” jelas Shila.

Dalam pada itu, Ubai juga sempat memberikan kenyataan yang berbaur sindiran berkenaan individu yang tidak memberi nafkah dalam perkahwinannya.

“Habis tu, ada seorang lelaki tu dah pergi kursus kahwin ke tak tahu, beranak pulak nafkah tak bagi apa masalah dia?

“Saya ada kenal seorang, maksudnya waktu kursus tu dia tidur ya? Ataupun waktu kursus tu dia pergi, tapi dia tak faham Melayu, dia cari yang English tak ada,” katanya.

Terhibur dengan keletah tunangnya itu, Shila turut mentertawakan jenaka yang disampaikan oleh Ubai.

@shila.ubaifans_ Bad mood terus 🤣 #fypシ #shilaamzah #ubaimz ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Hiburan Thu, 8 Feb 2024
Contest Tue, 26 Nov 2019

xtra好康头 | 送你李佩玲与玛莎《MY SISTA跨年倒数演唱会》入门票

想要度过一场难忘的跨年狂欢? xtra好康头 将送你李佩玲与玛莎《MY SISTA跨年倒数演唱会》入门票。

Trending Thu, 7 Jul 2022

Terkena Jangkitan Paru-Paru, Hampir Sebulan Bayi Perempuan Sheera Iskandar Dirawat Di Hospital

Bayi perempuan Sheera Iskandar dimasukkan ke hospital hampir sebulan akibat jangkitan kuman paru-paru.

Featured Wed, 24 Sep 2025
Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️

Hiburan Fri, 9 Feb 2018

INI UJIAN ALLAH, KITA SEMUA INSAN LEMAH – SOFI JIKAN

Pelakon filem KL Gangster 2 ini ditahan reman selama tiga hari untuk membuat siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja. Walau bagaimanapun, tempoh reman tidak akan disambung terhadap pelakon berusia 48 ini.

error: Content is protected !!