Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 4, 2022 @ 6:15pm

Umum Berehat Sehingga Akhir Tahun, Netizen Titip Doa Buat Imam Muda Asyraf – “Tiada Program Secara Fizikal”

Beberapa jam lepas, pendakwah bebas Imam Muda Asyraf memuat naik hantaran di Instagram mengumumkan bahawa dia memilih untuk berehat seketika daripada segala program.

Menerusi hantaran tersebut, Asyraf menyatakan dia akan menangguhkan segala program bermula hari ini sehingga tamat tahun 2022.

“Makluman buat semua. Segala program saya mulai hari ini sehinggalah berakhir tahun 2022 ditangguhkan terlebih dahulu,” katanya.

Namun begitu, Asyraf memaklumkan bahawa dia hanya akan menerima jemputan program yang berlangsung secara atas talian sahaja.

“Sebarang jemputan program selepas ini hanya secara talian atau online sahaja. Tiada program secara fizikal sehinggalah diberitahu kelak. Bagi yang menghubungi saya melalui Whatsapp, DM dan lain-lain. Saya mohon kemaafan jika kelewatan menjawab.

“Doakan semoga Allah SWT mengatur hidup saya dengan kebaikan dunia akhirat. Wassalam,” tulis Asyraf di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Imam Muda Asyraf di Instagram menitipkan doa untuknya semoga di beri kesihatan dan dipermudah urusan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] London Underground Jadi Sarang Penyebaran Covid-19

Diharap covid-19 dapat dibanteras secepat yang mungkin

Featured Wed, 14 Sep 2022
TECH Thu, 20 Dec 2018

4 Tips Memilih Casing Telefon pintar yang Tepat

Selain berfungsi untuk melindungi, casing juga boleh mencantikkan telefon pintar kesayangan. Namun, jangan salah langkah untuk memilih aksesori ini yang kini mula kembali disukai banyak penyuka alat.

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Tajul berkahwin dengan Shamieza pada 10 Disember 2017.

Trending Tue, 25 Jun 2024
Featured Tue, 12 Apr 2022

Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton Dan George Russell Di Malaysia!

Lewis Hamilton dan George Russell di Malaysia!

error: Content is protected !!