Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 7, 2019 @ 12:33pm

Bukan Saja-Saja…Tajul Sorok Status Ada Sebab

Penyanyi muda, Tajul mengaku sudah berkahwin sejak dua tahun lalu bersama wanita pilihannya, Nurul Shamieza Eddie.

Akui penyanyi berusia 21 tahun ini, dia tidak berniat menipu peminat dan mempunyai sebab tersendiri merahsiakan perkahwinanannya. 

“Sebelum arwah bapa mertua meninggal dunia, dia berpesan kepada saya dan kekasih (yang kini isteri) untuk bersatu sebagai suami isteri.

“Namun hajat untuk melihat kami tidak kesampaian kerana Allahyarham meninggalkan kami lebih awal,” katanya ketika ditemubual menerusi Geng Pagi Hot di Hot FM, hari ini.

Sementara itu, Tajul juga menghormati permintaan keluarga dan isteri untuk merahsiakan berita perkahwinan ini daripada masyarakat.

“Saya berkahwin pada usia 19 tahun di mana sewaktu itu karier saya baru sahaja bermula. Saya juga sedang mencari tapak dalam industri ketika itu.

“Keputusan ini dibuat dengan persetujuaan keluarga termasuklah isteri. Jadi saya tidak berkongsi berita ini dengan peminat,” katanya.

Difahamkan, Tajul berkahwin dengan Shamieza pada 10 Disember 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Jun 2023

Rugi Tanggung Sendiri, Usahawan Selebriti Terkenal Didakwa Aniaya Reseller?

Alamak betul ke ni? Tak baik buat macam tu, sama-sama nak cari rezeki…

Featured Wed, 2 Jul 2025
Featured Wed, 17 Aug 2022
TECH Thu, 1 Feb 2018

GET YOUR LAST-MINUTE CNY SHOPPING DONE AT CJ WOW SHOP

Chinese New Year is just around corner and there’s lots more to buy before the holidays come around. Do some last-minute shopping on CJ WOW Shop from the comfort of your own home.

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Hiburan Fri, 11 Apr 2025
error: Content is protected !!