Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi January 10, 2023 @ 4:20pm

[VIDEO] Aliff Awang Sering Dipujuk Fatin Afeefa Walaupun Selalu Buat Hal, Netizen Nasihat Jangan Terlampau ‘Angau’

Pengantin baharu, pelakon Fatin Afeefa bersama suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sering mencuri perhatian ramai di media sosial dek gelagat mesra mereka.

Terkini, Opai mengakui selalu membuat hal dalam hubungan mereka namun akhirnya akan dipujuk oleh Fatin.

“Satu benda yang Opai suka tentang Fatin, dia suka pujuk saya walaupun saya yang selalu buat hal. Saya yang buat hal, tapi dia yang pujuk saya. Padu tak padu?

“Saya baru nak ajar korang macam mana nak jadi padu macam saya. Kantoi buat hal, tapi Fatin pujuk haa,” kata Opai.

Sementara itu, Fatin membidas komen suaminya itu yang berkata dirinya beruntung kerana mendapat isteri yang rela menurunkan egonya.

“Okayla dapat perempuan macam saya, dapat yang lain mahu kena santau awak,” ujar ibu anak dua itu.

Disoal netizen sama ada Opai membuat hal seperti Syamsul yang telah bernikah dua, katanya perkara yang dilakukan adalah lebih kurang seperti itu namun akan dimaafkan oleh Fatin.

“Tak la buat hal macam Sol (Syamsul), tapi lebih kurang la. Tak adalah sampai kahwin dekat Thailand. Yang pujuk Fatin. Macam Sol, sorang lagi tu yang kena pujuk, lagi satu tu bising kan,” katanya lagi.

 

Artikel Berkaitan: Cantik Bertudung Ketika Keluar Bersama Suami, Peminat Doakan Fatin Afeefa Istiqamah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Aug 2018

‘Pulang’ Berjaya Menyentuh Emosi Emma

Pertemuan penuh emosi antara Othman dan anaknya, Omar menjadi antara babak kemuncak dalam filem yang membabitkan kos kira-kira RM6 juta ini

Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

“Tak Suka Tapi Masuk ‘Live’, Kau Kenapa Nyah?” – Fattah Amin, Amira Othman Tegur ‘Haters’

Amira Othman dan Fattah Amin mencuri tumpuan apabila mempersoalkan tindakan segelintir netizen atau dilabel sebagai ‘haters’

Trending Tue, 2 Jun 2020

‘Dear Love’ Bukti Cinta Utuh BCL & Ashraf Sinclair, Bikin Netizen Tak Boleh Move On

” Bahkan ku masih tak tahu berada di mana..
Kadang bergerak maju dua langkah, lalu mundur satu langkah. -BCL

Featured Wed, 3 May 2023

Suami Fail Cerai Terhadap Madu, Miera Leyana Tampil Bersuara – “Kebenaran Akan Terbongkar, Jangan Fitnah!”

“Jangan nak gila glamour!” – Miera Leyana 🫣 Kebenaran apa yang kan terbongkar tu? 🫣🫣

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

17 Tahun Berpisah, Datuk Dan Nenek Eina Azman Berkahwin Semula

Alhamdulillah ….. Kalau dah jodoh tak kemana kan?

Featured Mon, 22 Jul 2024
Featured Fri, 28 Feb 2025

“Benda Tu Memang Tak Benar” –  Shikin Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

Shikin juga terkejut dengan berita tular menga.takan Emma sudah berkahwin.

error: Content is protected !!