Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 2, 2026 @ 1:13pm

“Tak Suka Tapi Masuk ‘Live’, Kau Kenapa Nyah?” – Fattah Amin, Amira Othman Tegur ‘Haters’

Pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin mencuri tumpuan apabila mempersoalkan tindakan segelintir netizen atau dilabel sebagai ‘haters’ yang menyertai siaran langsung mereka lalu didakwa menyebarkan ‘kebencian’.

Menerusi sesi siaran langsung tular di platform TikTok, Amira menyuarakan soalannya terhadap ‘haters’ yang berada dalam sesi tersebut meskipun tidak menyukai mereka.

“Saya ada satu soalan untuk haters ni, dia tak suka tapi dia masuk ‘live’ kita kenapa? Tak suka tak payah tengok. Kau kenapa nyah,” kata Amira.

Sementara itu, suaminya, aktor terkenal Fattah Amin turut tampil bersuara menegaskan netizen untuk keluar daripada siaran langsung tersebut sekiranya mahu berkata perkara yang tidak baik.

“Ruangan dan tempat sini adalah untuk mencari rezeki, bercakap yang baik-baik sahaja. Kalau suka tengok saja. Rasa nak cakap benda yang tak baik lebih baik keluar.

“Fikir yang baik-baik, doa yang baik-baik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkejut apabila melihat Amira dan Fattah itu yang bersuara setelah berdiam diri ketika dikecam.

@xtra_my

Betul apa cakap mereka, kalau tak suka, tak payah tengok. Cakap benda yang baik-baik je🥰 #fyp #xtra #fattahamin #amiraothman #haters Sumber: henry_petrovv P/s: Video ini bukan milik XTRA dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!

♬ original sound – XTRA – XTRA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Feb 2026

Inteam Rai 25 Tahun di Axiata Arena, Bukti Nasyid Terus Mekar & Relevan Merentas Zaman

Malam Ahad lalu menjadi saksi sebuah perjalanan seni yang panjang, jujur dan penuh makna apabila kumpulan nasyid tersohor tanah air, Inteam meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan mereka menerusi penganjuran Konsert Nur Kasih 25 Tahun di […]

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Sufian Suhaimi Rakam Semula Lagu Di Matamu?

Menariknya, susunan muziknya juga lebih baharu dan aura Indonesia. Mesti lagu ni lagi meletop kan?

Hiburan Sat, 14 Jan 2023

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Afifah Nasir Selesa Tidak Dedahkan Kekasih

Pelakon Afifah Nasir tampil membuat pendedahan dirinya bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi. Menurut Afifah, setakat ini dia masih belum mempunyai sebarang tarikh yang tetap untuk melangsungkan perkahwinan tersebut kerana kesibukan bekerja. “Itu saya […]

Hiburan Mon, 29 Apr 2019
Featured Sat, 22 Nov 2025

Konsert DOLLA Good Girls Gone Bad Live in KL Dibatalkan

Keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana kekangan masa, aspek keselamatan dan operasi teknikal yang tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Trending Thu, 14 Jun 2018

Kim Jong Un Literally Brings a Portable Toilet Everywhere He Goes

But there’s a really good reason why he’s doing so.

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Fri, 7 Feb 2025

Nurul Shuhada Kongsi Keadaan Terkini Anak-Anak Di Australia – “Ada Yang Rindu Ke?”

Nurul Shuhada kongsi keadaan terkini anak-anak dalam keadaan sihat

error: Content is protected !!